Thursday, 20 October 2011

Tips atau Petua Untuk Mendapatkan Anak Atau Zuriat

Tips atau Petua Untuk Mendapatkan Anak Atau Zuriat

Amalan

   1. Tiga bulan amalkan meminum air suam bercampur madu asli(warna hitam)setiap awal pagi - utk sisuami
   2. Buat senaman batin tiap2 x bgn tido waktu pagi-utk lelaki
   3. Amalkan bersedekah setiap hari jumaat, bila ke masjid.. insyallaah.. jika diamalkan berhasil
   4. Doa Nabi Zakaria
   5. surah AlWaqiah selepas subuh
   6. lepas maghrib amalkan AlMulk (kekuasaan Allah).
   7. Banyak bersedekah kepada bayi2 yang baru lahir.

Diet Pemakanan

   1. Badam (almond) 5 Biji tiap hari
   2. Buah Delima
   3. Buah Zaitun
   4. Buah Kurma
   5. Jauhkan /pantang makan benda2 masam, nanas, minuman bergas pendek kata benda yang berasid la.. pastu amik seafood, amik supplements, salah satunya spirulina amik secara tetap about 30 tablets everyday, makan sayur & buahan. Hubby banyak makan berasid cam daging, ayam etc.
   6. Jangan minum ais dan minum air kelapa

CARA SENAMAN BATIN

   1. Duduk bersila badan tegak
   2. Pas tu luruskan kaki kanan kedepan
   3. Tangan kanan pegang ibu jari kaki kanan,tangan kiri pula pegang lutut kiri..tarik nafas dalam2(slow)
   4. Setelah nafas penuh didada..bawa tgn kiri tadi kesebelah kanan hingga menyentuh lantai sebelah kanan (jgn lepaskan nafas,tahan selama 7 saat) atau ikut kemampuan.
   5. Ulangi perkara diatas dgn kaki kiri plak
   6. Buat 3x/7x setiap kali pas sbhyg subuh..jika betul caranya...peluh akan keluar walaupun baru buat 3x..(3x kiri..3x kanan)

Uji Kesihatan

   1. Sperm test ni, gi lah LPPKN kat jln raja laut. bebetul sebelah Quality Hotel. Consultation fee cuma RM5. Registration + sperm test + consultation less than RM100.
      03-92843684
   2. Klinik Samuel Specialist Maternity Centre - Jalan Tun Razak RM 90/= termasuk ubat utk kasi period turun + scan, RM25 Husbend

Berurut

   1. Mak Aji: 012-2831769.. kg. pandan
   2. Makcik Hawa(Mak Tua), Bukit Perah,N.9 call anis-017-3460377
   3. Mak Dara, Lepas pekan batu 18 Ulu Langat, 03-90215901
   4. Desa Tasik Itam, menghala ke Dengkil, 03-80619414
   5. Bandar Baru Bangi, No 8,jln 2/3A Fasa 2, 03-89262649
   6. kat segambut...dekat dekat dgn, international school mont kiara, Makcik esah, 03-62576424
   7. Taman medan, KL, cik ayu 03-77810377
   8. Call 03-61207417
   9. Hubungi En. Sabri di Pasir Mas, atau pada hari Ahad di kg. Jawa, Taman Dato Tahir No. 42. Telefon No. : 013-9291377
  10. Pak Dollah flet sri melaka.. Cheras 019-2504751

Ubatan

   1. LD Venus, 013 6141215 (puan ruzi) -MLM, RM150 (Sebulan) http://www.elken.com.my/elken/globalpresent.htm
      khasiat lain, antaranya
      -memulihkan serta mencergaskan kaum wanita selepas bersalin
      -melegakan sakit haid
      -merawat kedinginan seks
      -memulihkan keadaan kulit supaya kelihatan lebih berseri & cerah
      -mengurangkan gangguan putus haids
   2. Bioseed & Pati Gamat Plus Vitamin - BIO H keluaran Gamat Emas iaitu sejenis minuman (serbuk dan perlu dibancuh dengan air) yang berupaya merembeskan semula hormon HGH yang menyumbangkan kepada kesuburan hormon. http://indahkasturi.com/
   3. Jelly Gamat Serigama
   4. Le Dara
   5. Sendayu tinggi
   6. clomide (pil subur)
   7. ROYAL JELLY dan Vita 5 - CNI
   8. MADU SPIRULINA SURECO, atau apa2 pemakanan yang berasaskan mengkudu, kerana mengkudu dipercayai dapat memperbanyakan benih ovum.
   9. Pusat Rawatan Islam Az- Zahrah, Bangi (depan Masjid Bumbung Hijau Bangi) antara Billion, Projet dan Warta Supermarket). Konsultation, rawatan dan ubatan yang dibekalkan adalah PERCUMA. boleh berhubung dgn Prof. Ir. Dr Zainal Aripin Zakariah 019-3838745 atau Dr Rashid 013-3602158 atau Dr Abd Rahman Mat Dali (Pengerusi Eksekutif Az-Zahrah 03-8925 2525).

Perubatan

   1. IVF - RM8000
   2. Hospital Glenagle Sungai Petani yang ada pakar gerenti dapat anak, agak mahal kosnya RM14k.
   3. KLINIK HOMEOPATHY DR. YUNUS. NO. 3 JLN MEDAN KANGAR 01000 KANGAR PERLIS MALAYSIA. NO TEL 013-4211718, 604-976 8618, EMAIL: DRYUNUSA@YAHOO.COM. MASA RAWATAN:- PAGI :9.00-12.15 PETANG :2.45-6.30 REHAT :12.15-2.45 MALAM :DENGAN TEMUJANJI SAHAJA AHAD :TEMUJANJI SAHAJA TEL :012-5639247 (ROS)

Website Panduan

   1. http://www.timang.org/Kehamilan.htm

Petua oleh Dr. Mohd Ismail Tambi

UNTUK permulaan, kerap lakukan hubungan seksual dan pastikan yang air mani tidak melempah keluar. Jadi jangan bangun selepas seks, jangan gerakkan badan keterlaluan kerana gerakan badan akan mengakibatkan tekanan kepada perut dan pengeluaran takungan air mani dari faraj.

Yang paling mustahak jangan menutup peha atau luruskan kaki dan jangan sekali-kali kemut faraj! Ini akan menolak keluar angin dalam faraj yang akan juga menolak air mani keluar dari faraj.

Perkara lain yang dicegah ialah menyelitkan kain ke kelengkang kerana ini akan menyerap air mani! Kadangkala posisi juga memainkan peranan mengekalkan takungan air mani ke dalam faraj. Wanita yang mempunyai rahim yang berposisi di belakang akan dapati setiap kali selepas bersetubuh, ketika zakar dikeluarkan selepas ejakulasi, air mani pasangan akan ikut keluar.

Cara mengatasi masalah ini ialah melakukan hubungan kelamin dengan memasukkan ereksi dari belakang dengan wanita itu dalam posisi menyujud. Posisi ini akan membuatkan rahim terletak di depan dan membuatkan penghujung faraj luas dan memberi ruang yang mencukupi untuk air mani mendap!

Waktu subur wanita bermula dengan kemunculan lendir macam hingus yang biasa keluar beberapa hari sebelum telur menetas(ovulasi). Waktu ovulasi ialah petanda atau perasaan sengal di paras ari-ari beberapa hari selepas kelihatan lendir. Kesemua petanda ini dapat dikenali sebilangan besar wanita jika mereka mengesannya dengan teliti.

Perkara yang mustahak ketika merancang hubungan seksual pada waktu subur ialah jangan memaksa pasangan untuk bersetubuh jika pasangan kelihatan tidak bersedia. Jika pasangan rasa tertekan, ada kalanya dia tidak dapat pancut atau gagal dalam hubungan seksual. Ini akan menimbulkan rasa resah dan gelisah dan kesudahannya 'mati pucuk sekunder'.

5 Petua Untuk Anda Dapat Anak?

5 Petua Untuk Anda Dapat Anak?


Kebelakangan ini, kes pembuangan bayi semakin menjadi-jadi semula. Tiba-tiba saja fenomena ini kembali meledak dan mewarnai dada akhbar. Dalam masa yang sama, masih ramai lagi pasangan yang inginkan zuriat tapi masih belum dikurniakan anak. Mungkin belum rezeki mereka agaknya.

bayi comel
Bayi comel


Atas sebab itulah, saya ingin berkongsi 5 petua yang boleh dibuat bagi merealisasikan impian anda untuk dapat anak. Iaitu;


1. Berdoalah kepada Tuhan agar anda dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah sebelum memulakan persetubuhan.

2. Mandi dan solat terlebih dahulu sebelum melakukan persetubuhan.

3. Rancanglah masa terbaik untuk melakukan persetubuhan. Sebaik-baiknya dilakukan pada ketika waktu subur isteri.

4. Lakukan persetubuhan sebanyak 3 hingga 4 kali seminggu.

5. Bagi pihak isteri, banyakkanlah memakan taugeh, daging dan ikan laut.


Begitulah serba ringkas cara atau usaha yang boleh dilakukan oleh pasangan yang inginkan anak. Mudah-mudahan, doa dan usaha anda diperkenankan oleh-Nya.


Selamat Mencuba!

BALASAN MENINGGALKAN SOLAT LIMA WAKTU

BALASAN MENINGGALKAN SOLAT LIMA WAKTU

Ketahuilah wahai umat Islam

SEKSA MENINGGALKAN SOLAT
"Apakah yang menyebabkan kamu semua masuk neraka Saqar ini? Mereka menjawab: Kami tidak termasuk golongan orangorang yang bersembahyang."
AlMudathsir:42,43)


Siksaan Ketika Hidup Di Dunia
Allah kurangkan keberkatan umurnya. Rezekinya dipersempitkan oleh Allah. Tidak ada tempat baginya di sisi agama Islam. Doanya tertolak. Hilang cahaya soleh dari wajahnya. Amal kebajikan yang dilakukannya langsung tidak diberi pahala.

Siksaan Ketika Sakaratul Maut
Ia akan menghadapi sakaratul maut dalam keadaan hina. Matinya dalam keadaan menderita kelaparan. Matinya dalam keadaan yang tersangat haus walaupun diberi minum air sebanyak tujuh lautan.

Siksaan Ketika Di Dalam Kubur
Allah akan menyempitkan kuburnya dengan sesempitsempitnya. Kuburnya akan digelapkan. Allah akan menyiksanya dengan pedih sehingga hari Qiamat.

Siksaan Ketika Berada Di Akhirat
Ia akan dibelenggu dan diseret ke padang Mahsyar oleh malaikat. Allah tidak akan memandangnya dengan pandangan belas kasihan. Allah tidak akan mengampuni dosanya dan dia akan disiksa dengan keras di dalam neraka.

Nisbah Dosa Bagi OrangOrang Yang Meninggalkan Sembahyang Setiap Waktu
SUBUH : Ia akan disiksa selama 60 tahun di dalam neraka.
ZUHUR : Dosanya seperti membunuh 1000 jiwa orang Islam.
ASAR : Dosanya seperti ia meruntuhkan Kaabah.
MAGHRIB : Dosanya seperti ia berzina dengan ibunya (jika lelaki) atau berzina dengan bapanya (jika perempuan).
ISYAK : Allah tidak redha ia hidup di bumi Allah ini dan digesa agar mencari bumi lain.



SEKSA NERAKA

HUKUM MENGUMPULKAN DUA WAKTU SEMBAHYANG

Dalam kesibukan kadangkala ada antara kita yang lalai atau sengaja mengabungkan waktu sembahyang zuhur dengan asar ( sembahyang di akhir waktu zuhur dan diikuti sembahyang asar sebaik sahaja masuk waktunya)

Renungkan hadis Rasulullah SAW di bawah yang menghalang perbuatan tersebut

Saad bin Abi waqas bertanya Rasulullah SAW mengenai orang yang melalaikan sembahyangnya maka jawab baginda " Iaitu mengakhirkan waktu sembahyangnya dari waktu asalnya hingga sampai waktu sembahyang lain. Mereka telah mensia-siakan dan melewatkan waktu sembahyangnya, maka mereka diancam dengan neraka wail".

Ibn Abbas dan Said bin Al-Musaiyib turut mentafsirkan hadis di atas" Iaitu orang yang melengah-lengahkan sembahyang mereka sehingga sampai kepada waktu
mereka neraka jahanam tempat kembalinya".

Dalam hadis yang lain Rasulullah bersabda " Sesiapa yang mengumpulkan dua sembahyang tanpa ada halangan, maka sesungguhnya dia telah memasuki pintu besar dari pintu dosa-dosa besar". (Riwayat Al-Hakim)

Wallahua'lam


SEKSA NERAKA BUKAN KEPALANG

Mereka yang meninggalkan sembahyang akan menerima seksa di dunia
dan di alam kubur tidak terlepas daripada tiga seksaan.Tiga
jenis seksa di dalam kubur ialah:-

1. Kubur akan menghimpit-himpit serapat yang mungkin sehingga berselisih tulang-tulang dada.
2. Dinyalakan api di dalam kuburnya dan api itu akan membelit dan membakar tubuhnya siang dan malam tiada henti-henti.
3. Akan muncul seekor ular yang bernama "Sujaul Aqra" dan ular itu berkata:

"Allah menyuruh aku membelasah engkau kerana engkau mensia- siakan sembahyang Subuh."

Ia dipukul dari waktu Subuh hingga naik matahari, kemudian dipukul dan dihentak hingga terjunam ke perut bumi kerana meninggalkan sembahyang Zuhur. Kemudian dipukul lagi kerana meninggalkan sembahyang Asar, begitulah seterusnya dari Asar
ke Maghrib, dari Maghrib ke waktu Isyak dan seterusnya hingga ke waktu Subuh semula. Demikianlah berterusan seksaan oleh Sajaul Aqra hinggalah hari Kiamat.

CUAI SOLAT LIMA WAKTU

Didalam neraka Jahanam terdapat wadi(lembah) yang didalamnya
adalah ular-ular bersaiz sebesar tengkuk unta dan panjangnya
sebulan perjalanan. Kerjanya tiada lain selain mengigit orang-
orang yang tidak menunaikan sembahyang semasa hidup mereka. Bisa
ular itu pula menggelegak di dalam badan mereka selama 70 tahun
sehingga luruh seluruh daging badan mereka. Kemudian tubuh mereka
kembali pulih lalu digigit lagi dan begitulah seterusnya.


Seksaan bagi orang-orang yang meninggalkan solat

Orang yang tidak sembahyang akan diseksa dengan 15 seksa; 6 daripadanya akan diterima di dunia, 3 seksa tatkala hendak mati, 3 seksa lagi ketika berada di alam kubur dan 3 seksa lagi di hari kiamat.
Enam seksa semasa hidup di dunia:
1. Ditinggalkan berkat pada umurnya.
2. Allah akan menghapuskan tanda-tanda orang salih daripada mukanya.
3. Tiap-tiap amal yang dikerjakan tiada diberikan pahala kepadanya.
4. Segala doanya tiada diperkenankan oleh Allah.
5. Dia dimarahi dan dibenci oleh segala makhluk di dunia.
6. Tidak ada baginya bahagian daripada doa orang-orang salih.
Tiga seksa tatkala hendak mati:
1. Dia mati dalam kehinaan.
2. Mati dalam keadaan yang sangat lapar.
3. Mati dalam keadaan yang sangat haus, sehinggakan jika dituangkan kepadanya sekelian air laut di dunia ini, dia tetap
merasa tidak puas.

Tiga seksa ketika di alam kubur:
1. Disempitkan kuburnya.
2. Dinyalakan api, di mana dia akan membalik-balikkan dirinya didalam bara api itu.
3. Allah mngerahkan ular yang paling besar untuk menyebat mayat
itu, yang mana dinamakan ular itu 'SHAJKUL AKRAK' dan ular itu akan berkata, Sesungguhnya aku telah disuruh oleh Tuhanku untuk memukul engkau dari Subuh hingga ke Zuhur, dipukul pula hingga ke Asar dengan sebab engkau sia-siakan waktu Zuhur. Begitulah seterusnya tiap-tiap hari dan malam sehingga hari kiamat.


Tiga seksa di hari kiamat:
1. Allah memerintahkan malaikat azab agar menghela orang yang tidak sembahyang itu ke dalam neraka.
2. Allah menilik pada orang yang tidak sembahyang itu dengan tilikan yang murka.
3. Allah akan mengira orang yang tidak sembahyang itu dengan kiraannya yang paling berat dan terus disumbatkan ke dalam nerakasebagaimana firman Allah yang bermaksud, "Apa yang membawa kamu ke neraka?" Mereka menjawab, "Kami , tidak sembahyang."


Renungan:
Barang siapa yang meninggalkan sembahyang fardu, seksanya umpama:-

Subuh:
Allah akan mencampakkannya ke dalam neraka jahanam selama 60 tahun.

Zuhur:
Dosanya seperti membunuh seribu orang Islam.

Asar:
Dosanya seperti meruntuhkan Kaabah.

Maghrib:
Dosanya seperti berzina dengan ibu atau bapanya sendiri.

Isyak:
Allah berseru kepada mereka, "Hai orang yang meninggalkan solat Isyak, bahawa Aku tidak lagi reda engkau tinggal di bumi-Ku dan menggunakan nikmat-nikmat-Ku." Segala gerak - gerinya seperti pakai, makan, tidur adalah berdosa kepada Allah.

BALASAN MENINGGALKAN SOLAT JUMAAT

BALASAN MENINGGALKAN SOLAT JUMAAT

Dari Abdullah bin Umar dan Abu Hurairah r.a keduanya menceritakan bahawa mereka mendengar daripada Rasulullah s.a.w, ketika baginda sedang berkhutbah di atas mimbar, sabdanya: “Hendaklah orang-orang yang suka meninggalkan Jumaat menghentikan perbuatan mereka itu, atau adakah mereka mahu Allah membutakan hati mereka dan sesudah itu mereka betul-betul menjadi orang yang lalai?” (Riwayat Muslim)

Meninggalkan solat Jumaat merupakan perbuatan yang ditegah kerana solat Jumaat hukumnya adalah fardhu ain ke atas setiap individu muslim (apabila memenuhi segala syarat-syaratnya). Orang yang meringan-ringankan hukum Allah ini akan mengundang kemurkaan-Nya dan mereka bakal menerima balasan yang setimpal dengan dosa yang dilakukan. Bahkan orang yang enggan mentaati suruhan Allah pintu hatinya lama-kelamaan akan tertutup daripada mendapat hidayah menjadikan mereka semakin sesat dan tanpa segan terus melakukan dosa-dosa yang lain.

Sesungguhnya orang yang dibenarkan meninggalkan solat Jumaat hanyalah mereka yang menghadapi kesukaran yang mencapai darjah keuzuran syar’i sepertimana yang berlaku kepada orang sakit dan orang musafir. Oleh itu sekiranya seseorang itu tiada sebarang alasan yang munasabah di sisi syarak untuk meninggalkan solat Jumaat, maka hendaklah mereka mengerjakannya kerana solat Jumaat selain daripada suatu kewajiban dalam beribadat kepada Allah SWT, ia juga merupakan satu syiar Islam yang wajib dipelihara demi menjaga kesucian agama.

Wednesday, 19 October 2011

adat dan cara merisik

Sabda Rasulullah swt
Maksudnya:
Daripada Anas r.a, katanya telah bersabda nabi S.A.W bahawa perkahwinan adalah sunnahku, sesiapa yang benci sunnahku, maka dia bukan dari golonganku.
Allah S.W.T menjadikan manusia dengan fitrahnya yang ingin hidup berpasang-pasangan, berkasih-sayang, bahagia, dan dapat memenuhi tuntutan syahwatnya melalui cara yang halal. Fitrah tersebut dapat dilaksanakan melalui ikatan perkahwinan yang sah.
Masyarakat Melayu begitu berpegang teguh dengan adat resam kerana ia adalah budaya atau cara hidup. Jika tidak dilakukan, akan berasa janggal dan mungkin dikata orang sekeliling. Jika meriah majlisnya, makinlah rasa bangganya mempelai dan juga ibubapa yang pasangan yang berkahwin itu. Setidak-tidaknya upacara yang dikehendaki dalam hukum islam seperti akad nikah harus diadakan bagi membolehkan perkahwinan itu diiktiraf sebagai sah. Niat untuk berkahwin itu haruslah betul. Dalam adat perkahwinan masyarakat Melayu, terdapat beberapa peringkat penting.
ADAB MERISIK
Seperti lagaknya penyiasat, bakal menantu harus juga dirisik. Adat ini juga dipanggil meninjau atau menengok. Tujuan adat ini dilakukan adalah untuk memastikan bahawa gadis yang dihajati oleh seorang lelaki itu masih belum berpunya. Ini penting, kerana dalam Islam seseorang itu dilarang meminang tunangan orang. Di samping itu, adat ini juga bertujuan untuk menyelidik latar belakang si gadis berkaitan kemahiran rumahtangga, adab sopan, tingkah laku, paras rupa serta pengetahuan agamanya. Kadang-kadang secara berjenaka kebolehan seseorang memasak juga ditanya. Jika seorang perempuan itu diketahui sudah tidak dara lagi, nilai hantaran belanja kahwinnya  akan terjejas. Lazimnya adat ini akan dijalankan oleh saudara mara terdekat pihak lelaki seperti ibu atau bapa saudaranya. Sebelum datang biasanya jumlah rombongan pihak lelaki akan ditetapkan dengan pihak wanita.
Bagi pihak si gadis pula, terdapat beberapa kriteria yang perlu dipertimbangkan sebelum menerima lamaran pihak lelaki antaranya ialah lelaki tersebut perlulah mempunyai latar belakang agama serta mempunyai pekerjaan yang baik serta mampu menyara wanita terbabit.
Adakalanya semasa merisik, wakil lelaki tersebut akan memberikan sebentuk cincin tanya berupa cincin belah rotan dan jika pihak gadis bersetuju mereka akan menetapkan tarikh untuk peminangan dan juga perkahwinan. Ada kalanya hantaran untuk perkahwinan juga ditetapkan. Ada sesetengahnya juga membawa beberapa dulang hantaran. Merisik ini biasanya dilakukan oleh mereka yang berasal dari utara Semenanjung. Sesetengah pihak menganggap upacara ini tidak perlu diadakan kerana kadangkalanya pasangan telah keluar bertahun-tahun dan amat dikenali oleh ibubapa masing-masing. Oleh sebab itu adat merisik jarang dilakukan lagi, justeru itu mereka akan terus menjalankan adat meminang untuk menjimatkan kos dan masa.
   Cincin belah rotan yang dibawa semasa merisik
ADAB BERTUNANG
Setelah diketahui bahawa gadis tersebut belum berpunya, pihak keluarga lelaki akan menetapkan hari untuk menghantar satu rombongan peminangan. Urusan peminangan akan dilakukan oleh kaum keluarga terdekat pihak lelaki. Adat ini dilakukan bagi menyatakan tujuan mereka yang sebenarnya secara rasmi. Jika tidak dibincangkan di majlis merisik atau majlis merisik tidak dilakukan, hantaran, tarikh dan jumlah rombongan yang akan datang untuk upacara akad nikah akan dibincangkan.
 
Pihak lelaki akan diwakili oleh ahli keluarga dan saudara mara terdekatnya untuk upacara bertunang. Pada hari tersebut, majlis kenduri/jamuan ringkas akan diadakan bersempena pertunangan tersebut di rumah pihak perempuan. Hantaran yang terdiri daripada tepak sirih atau sirih junjung sebagai bingkisan utama, sebentuk cincin beserta hantaran lain seperti bunga rampai, buah-buahan, kuih-muih, pakaian dan lain-lain yang telah digubah akan diberi kepada pihak perempuan.
 
                      Sirih junjung
Mengikut adatnya juga, sekiranya pihak perempuan mempunyai kakak yang masih belum berkahwin, hantaran untuknya juga turut diberikan. Adat ini dipanggil langkah bendul. Bilangan hantaran agak unik kerana jumlahnya ganjil iaitu samada lima, tujuh, sembilan, sebelas atau tiga belas, kerana jumlah genap dikatakan memberi implikasi yang tidak baik. Jumlah hantaran yang diberi oleh pihak perempuan pula akan melebihi jumlah hantaran pihak lelaki. Adat menghantar belanja turut diadakan semasa adat bertunang ini dijalankan. Namun begitu ada juga yang menjalankannya secara berasingan daripada adat bertunang iaitu mengadakannya beberapa minggu sebelum majlis persandingan dijalankan.
 
Upacara ini akan dimulakan dengan wakil pihak lelaki menyerahkan tepak sirih kepada wakil pihak perempuan dan menyatakan lamaran mereka secara rasmi. Pantun sering digunakan dalam upacara ini bertujuan untuk memeriahkan majlis. Setelah pertunangan diterima secara rasmi, wakil kedua belah pihak akan berbincang tentang belanja perkahwinan, tempoh pertunangan dan lain-lain hal yang berkaitan. Tempoh bertunang lazimnya dalam masa setahun ataupun mengikut persetujuan kedua belah pihak. Satu perkara yang turut dititikberatkan ialah berkenaan putus tunang. Sekiranya pihak lelaki yang memutuskan pertunangan tersebut, semua wang hantaran dan belanja yang diberi kepada pihak perempuan dikira hangus, sebaliknya jika pihak perempuan yang berbuat demikian, semua hantaran harus dikembalikan sebanyak dua kali ganda.

Acara kemuncak majlis pertunangan adalah adat sarung cincin di mana wakil pihak lelaki yang terdiri dari ibu atau saudara perempuannya akan menyarungkan cincin pertunangan atau cincin tanda ke jari manis gadis yang dilamar. Setelah itu rasmilah sudah pertunangan tersebut.
 
Tunang Mengikut Syariat Islam. Baca artikel ini. Dipetik dari www.yadim.com.my
KURSUS KAHWIN
Perkara yang paling penting dalam persiapan perkahwinan ialah memastikan anda telah mendapat kelulusan untuk berkahwin daripada Jabatan Agama kawasan anda, contohnya ialah JAWI, JAIS, MAIK dan sebagainya. Tapi sebelum anda membuat permohonan untuk berkahwin, ada beberapa prosedur yang mesti diikuti antaranya ialah mengikuti kursus kahwin.

Kursus Perkahwinan - Ada dua jenis kursus perkahwinan iaitu kursus yang dikendalikan oleh Jabatan Agama dan kursus oleh pihak swasta. Walaupun kedua-dua kursus ini hampir serupa tetapi anda dinasihatkan supaya mengambil kursus yang dikendalikan oleh Jabatan Agama kerana ia mungkin memudahkan langkah seterusnya. Bakal pengantin yang mengambil kursus swasta mungkin ditemuduga oleh Jabatan Agama ketika membuat permohonan berkahwin. Anda dinasihatkan pergi berkursus bersama-sama pasangan anda agar segala maklumat dan ilmu dapat difahami dan dimanfaat bersama. Ada baiknya jika apa yang diajar dapat dibincangkan dan dihayati keseluruhannya. Apabila selesai berkursus yang biasanya mengambil masa dua hari, anda akan menerima Sijil Tamat Kursus yang boleh diambil di Jabatan Agama. Sijil ini sah sampai bila-bila.

Antara kursus swasta yang ternama dan dihadiri oleh selebriti ialah Zura's Academy di Bangsar. Alamat websitenya adalah www.kursusperkawinan.com.my
 
DAFTAR KAHWIN
1. Setelah menerima sijil, anda bolehlah mengisi borang permohonan berkahwin yang boleh didapati dari pejabat Jabatan Agama daerah anda mengikut kad pengenalan. Isikan lengkap dan sertakan bersama surat akuan bujang yang dimateri dengan cap syarikat tempat anda bekerja. Kemudian dapatkan tandatangan jurunikah atau wakil jurunikah atau ketua kariah tempat anda. Bawa bersama dua orang saksi semasa anda mendapatkan tandatangannya.

2. Serahkan borang yang telah lengkap kepada bakal pengantin perempuan. Pengantin perempuan juga perlu mengisi borang permohonan bernikah. Mereka hendaklah memohon di Jabatan Agama mengikut alamat dalam kad pengenalan. Selain dilampirkan dengan surat akuan bujang dan borang permohonan pengantin lelaki, pengantin perempuan perlu membawa bersama wali dan dua orang saksi ke pejabat Jabatan Agama ketika menyerahkan borang yang lengkap diisi. Bagi pengantin yang akan bernikah di tempat lain, mereka perlu merujuk pula kepada Jabatan Agama tempat tersebut.

3. Setelah kelulusan didapati, sila tetapkan tarikh akad nikah dengan jurunikah.

4. Setelah akad nikah dijalankan, sila serahkan gambar untuk urusan memohon sijil dan kad nikah.

Pendaftar nikah for the whole of Malaysia.
AKAD NIKAH
Akad nikah merupakan satu acara yang paling penting dan wajib dalam perkahwinan masyarakat Melayu yang rata-ratanya beragama Islam. Ia bukan suatu adat tetapi lebih kepada ajaran agama dan merupakan kemuncak kesahihan sesuatu perkahwinan. Jika dalam kristian, "wedding vows and kissing the bride"adalah kemuncaknya, perkahwinan dalam Islam disahkan dengan lafaz nikah. Upacara ini dijalankan selepas segala perjanjian yang dikenakan kepada pihak lelaki telah dilaksanakan seperti wang belanja, mas kahwin dan barangan lain sepertimana yang dipersetujui oleh kedua belah pihak. Akad nikah boleh dilakukan di masjid, di pejabat kadi atau pun di rumah pengantin perempuan dan dijalankan oleh tok kadi atau imam. Di dalam upacara akad nikah, bapa pengantin perempuan perlu menjadi wali untuk menikahkan anaknya. Walau bagaimanapun, dia juga boleh mewakilkannya kepada tok kadi atau imam.
Kebiasaannya majlis akad nikah akan dijalankan di rumah pengantin perempuan sehari sebelum majlis perkahwinan diadakan. Pada hari tersebut, pengantin lelaki akan mengenakan baju melayu berwarna cerah (biasanya putih atau cream) dan majlis diadakan menyerupai majlis pertunangan. Lazimnya sementara menanti kedatangan rombongan pengantin lelaki, majlis berzanji atau pukulan kompang diadakan. Sebelum upacara dijalankan, wang belanja, mas kahwin dan lain-lain hantaran akan diperiksa oleh tuan kadi dan dua orang saksi bagi pihak perempuan. Seterusnya pengantin lelaki akan duduk di atas sebidang tikar di tengah-tengah majlis. Dalam waktu moden ini, lelaki akan duduk di atas bantal empuk/gebu. Tapi yang hairannya Tok Kadi hanya duduk di atas hamparan biasa sahaja. Nyata sekali hanya pengantin lelaki yang diraikan. Tok imam atau tok kadi akan menemui pengantin perempuan di dalam bilik untuk bertanyakan samada dia bersetuju atau tidak dengan pernikahan itu. Tok kadi juga akan membacakan khutbah nikah dan menerangkan secara umum akan tanggung jawab suami isteri dan lain-lain hal berkaitan rumahtangga dari sudut agama. Selepas itu, tok kadi atau imam akan membacakan lafaz nikah sambil berjabat tangan dengan pengantin lelaki dan pengantin lelaki dikehendaki mengulangnya sebaik sahaja tok imam menggoncangkan tangannya. Lafaz nikah berbunyi "Aku nikahkan dikau….(nama pengantin perempuan) dengan mas kahwin sebanyak …..(mengikut negeri) tunai" dan disambut oleh pengantin lelaki dengan lafaz berbunyi "Aku terima nikahnya..(sama seperti yang dilafazkan oleh tok kadi). Saksi akan mengesahkan samada lafaz tersebut jelas didengar atau tidak, sekiranya tidak jelas, pengantin lelaki tersebut akan mengulangnya sehingga saksi tersebut berpuas hati. Doa selamat akan dibaca sejurus selepas itu sebagai tanda kesyukuran kerana kedua-dua mempelai telah selamat diijabkabul.
Ada sesetengahnya mengatakan bahawa majlis akad nikah patut dilakukan di dalam masjid atau surau kerana tempat ini terpelihara daripada perhiasan-perhiasan gambar atau patung yang membawa kepada unsur-unsur syirik selain daripada masjid sebagai tempat yang mulia. Selain daripada itu memudahkan lelaki untuk melakukan solat sunat nikah dan sujud syukur setelah diakad nikah dan mengelakkan percampuran bukan muhrim antara lelaki dan perempuan. Berbanding sekiranya majlis ini dijalankan di rumah, percampuran lelaki dan perempuan sukar dikawal. Lebih-lebih lagi sekiranya rumah pengantin perempuan kecil dan sempit. Pada hari yang dijadualkan itu, biasanya tetamu perempuan dan pengiring pengantin lelaki akan duduk di tempat majlis akad nikah itu dijalankan. Ini dianggap sebagai mengganggu pengantin lelaki kerana wanita sepatutnya mesti berada di dalam bilik atau diasingkan dengan tirai atau sekatan supaya terlindung daripada kaum lelaki.
Amat mustahak calon isteri menyaksikan upacara pernikahan iaitu bersama-sama mendengar doa, takliq dan nasihat-nasihat kadi yang menikahkan. Manakala selepas upacara pernikahan seeloknya diiringi dengan majlis-majlis keagamaan seperti majlis khatam Al-Quran dan majlis berzanji bukan muzik, hiburan pancaragam atau tarian.i.
Selepas akad nikah, pengantin lelaki akan melakukan upacara membatalkan air sembahyang. Si suami akan menyarungkan cincin atau memakaikan rantai kepada isterinya yang menanti di dalam bilik yang dihias indah sambil keduanya bersalaman. Adat ini dilakukan sebagai satu simbol bahawa pasangan tersebut telah sah diijabkabulkan. Selepas itu adat berinai akan dijalankan di mana kedua mempelai ditepung tawar. Peralatan yang digunakan untuk upacara ini ialah semangkuk bertih, semangkuk beras kunyit, sepiring inai, beberapa tangkai daun seribu yang diikat dan semangkuk air tepung tawar. Wakil kedua-dua pihak akan menjalankan adat tepung tawar ini dengan cara mencalitkan sedikit inai dan air tepung tawar ke tapak tangan pengantin. Beras kunyit dan bertih tadi pula ditabur di hadapan pengantin dan juga kepada para hadirin. Bunga telur akan diberi kepada mereka yang menepung tawar. Jumlah orang yang menepung tawar lazimnya dalam bilangan ganjil.
BERINAI
Majlis ini tidaklah wajib, tetapi lebih kepada adat. Majlis berinai biasanya diadakan secara berperingkat-peringkat.
Berinai curi – diadakan tiga malam sebelum hari langsung untuk saudara mara terdekat sahaja.
Berinai kecil – diadakan dua malam sebelum hari langsung untuk saudara mara, jiran tetangga dan sahabat handai.
Berinai besar – diadakan satu malam sebelum hari langsung atau selepas akad nikah untuk para jemputan khas daripada pihak lelaki dan pihak perempuan.
Selepas adat berinai besar dilakukan, selalunya pengantin lelaki tidak akan bermalam di rumah pengantin perempuan, sebaliknya akan terus pulang ke rumah atau pun sekiranya rombongan tersebut datang dari jauh, pengantin lelaki akan bermalam di rumah penanggak, iaitu rumah yang berhampiran dengan rumah pengantin perempuan.
HANTARAN KAHWIN
Hantaran dilakukan semasa bertunang dan/atau masa akad nikah. Pada hakikatnya, hantaran tidak diwajibkan di dalam Islam. Hantaran dari pihak perempuan biasanya lebih daripad pihak lelaki dengan dua dulang. Jadi sekiranya pihak lelaki menghantar 7 dulang, pihak perempuan akan membalas sebanyak 9 dulang. Jumlah hantaran adalah selalu ganjil. Selalunya hantaran dijadikan pengukur tentang status dan "budget" perkahwinan pasangan yang berkahwin. Oleh sebab itu industri menghias hantaran telah menjadi semakin berkembang.
 
Mengikut adat resam, menghantar belanja biasanya dijalankan terlebih dahulu dan berasingan dengan upacara akad nikah, tetapi pada zaman sekarang, menghantar belanja selalu dijalankan bersama dengan akad nikah dengan tujuan menjimatkan masa dan perbelanjaan. Di antara barang-barang yang termasuk dalam kategori wajib bagi melengkapkan sesuatu hantaran adalah seperti berikut, dan hantaran tersebut akan turut sama diarak dengan mempelai sebelum bersanding.
•  Wang mas kahwin dan belanja (ada yang menyerahkan wang mas kahwin tersebut terus ke tangan isteri selepas selesai upacara akad nikah) yang diletakkan di dalam dulang atau batil bertudung diperbuat daripada perak atau tembaga putih.
•  Sebentuk cincin permata berbatu intan atau ber1ian yang diletakkan di dalam cembul atau kotak perak.
•  2 pasang kain dan sehelai baju dari jenis yang cukup baik dan berkualiti, dilipat di dalam talam perak atau tembaga putih bertudung.
•  Beberapa jenis kuih juadah, yang setiap satunya diletak di dalam sebuah pinggan besar bertudung dan dihias beralaskan talam.
•  Beberapa jenis buah-buahan yang segar disusun di dalam bekas atau talam ditudung.
•  Tepak sirih atau puan perak atau tembaga putih yang diisi lengkap.
•  Satu atau dua perecik atau perenjis air mawar dan dua kaki dian atan lilin.
Semua barang tersebut akan dibawa setiap satunya oleh seorang pemuda dan diarak daripada rumah mempelai itu ke rumah pengantin perempuan bersama-sama dengan mempelai yang sudah siap berpakaian lengkap Melayu asli atau pakaian haji iaitu berserban dan berjubah bagi memulakan upacara Majlis Akad Nikah. Mempelai dan rombongannya akan disambut oleh pihak pengantin perempuan dan mereka akan terus dibawa naik ke rumah. Semua barang hantaran akan diatur, biasanya di hadapan pelamin. Pelamin ialah suatu ruang yang telah disiapkan biasanya seminggu sebelum majlis perkahwinan berlangsung dan ia merupakan tempat di mana kedua-dua pengantin akan bersanding di hadapan semua tetamu.
MAJLIS PERKAHWINAN
Sekarang tibalah hari yang dinanti-nantikan. Banyak persediaan yang dilakukan. Baju kahwin/persandingan, mak andam, fotografi, katering dan sebagainya. Kami mempunyai direktori perkahwinan yang dapat membantu memudahkan urusan anda. Anda juga boleh menempah laman web perkahwinan peribadi anda dengan kami dengan emailkan permintaan anda di sales@syokkahwin.com. Sila ke laman web perkahwinan peribadi kami untuk penerangan lanjut.
Majlis perkahwinan juga dikenali sebagai hari langsung atau hari bersanding. Ia merupakan kemuncak istiadat perkahwinan dan pada hari inilah pengantin digelar raja sehari (Ratu sehari takde pulak istilah yang digunakan!)
Pada hari tersebut, majlis diadakan secara meriah dengan dihadiri oleh sanak saudara, jiran tetangga dan sahabat handai. Kedua-dua mempelai akan memakai dengan pakaian pengantin, lazimnya baju songket dan dihias indah dengan perhiasannya sekali. Tetapi dalam keadaan moden sekarang, banyak yang menggunakan fesyen french lace dan sebagainya. Pengantin perempuan akan diandam oleh mak andam sebelum majlis persandingan bermula. Bagi mak andam tradisional, solekan pengantin didahului dengan jampi serapah untuk menaikkan seri muka pengantin dan diberi makan sireh untuk membuang perasaan gemuruh. Ada juga pengantin yang dicukur bulu kening dan dipotong anak rambutnya supaya kelihatan lebih menarik.
Pengantin lelaki akan diarak dengan paluan kompang dan diiringi dengan bunga manggar dari rumah penanggak menuju ke rumah pengantin perempuan. Kedatangan rombongan pengantin lelaki akan disambut dengan taburan beras kunyit. Kadangkala sebelum memasuki rumah perempuan, upacara berpantun akan dilakukan. Pengantin lelaki terpaksa melalui beberapa halangan di hadapan tangga, di muka pintu atau di atas pelamin untuk mendapatkan pengantin perempuan. Oleh itu wakil pengantin lelaki perlu membayar tebus pintu atau tebus pelamin. Pengantin perempuan akan menyambut kedatangan pengantin lelaki dan kemudiannya pasangan pengantin akan dibawa ke halaman rumah dan duduk di tempat khas yang sediakan. Pada kebiasaannya, persembahan pencak silat akan diadakan. Selepas itu, pengantin akan akan dibawa naik ke rumah untuk adat bersanding pula. Pengantin akan bersanding di atas pelamin yang dihias indah dan antara yang terdapat di atas pelamin ialah bunga pahar. Semasa adat bersanding diadakan, adat menepung tawar turut dilakukan. Tetamu kehormat yang hadir biasanya akan diberikan peluang untuk melakukan upacara ini. Para tetamu dan jemputan yang hadir juga akan diberi bunga telur  atau hadiah saguhati sebagai mengingati upacara kahwin dan terima kasih kerana sudi datang.
Seterusnya, majlis makan berdamai atau dipanggil juga makan beradab dijalankan. Majlis ini hanya dihadiri oleh keluarga terdekat kedua-dua pihak. Ini selalu diadakan di meja utama dengan hidangan lauk-pauk yang lebih daripada tetamu yang hadir. Selepas majlis selesai, kedua-dua pengantin akan bersalaman dengan kedua ibu bapa dan sanak saudara serta hadirin yang datang.
Di sesetengah tempat, dua atau tiga hari selepas majlis perkahwinan, pasangan pengantin tersebut akan menjalani upacara mandi sampat atau mandi berlimau. Upacara ini dilakukan sebagai simbol kedua pengantin telah selamat bersatu sebagai pasangan suami isteri yang sah. Dalam upacara ini, kedua pengantin baru akan dimandikan dengan air mayang pinang, air kelapa atau air limau. Adat ini hanya dilakukan di kalangan ahli keluarga terdekat sahaja.
Seminggu selepas itu, adat menyambut menantu atau mengundang menantu akan diadakan. Di sesetengah tempat ia dipanggil majlis bertandang. Majlis perkahwinan akan diadakan pula di rumah pengantin lelaki tetapi sambutannya tidaklah semeriah majlis di rumah pengantin perempuan. Ada juga yang menjalankan majlis bertandang ini dengan hanya mengadakan doa selamat yang dihadiri oleh saudara mara dan jiran sekampung tanpa mengadakan majlis persandingan.
Setelah beberapa hari di rumah pengantin lelaki, pasangan suami-isteri tersebut akan dibawa melawat ke rumah kaum keluarga dan sanak saudara. Tujuannya adalah untuk merapatkan hubungan silaturrahim di samping kedua pengantin dapat berkenal-kenalan dengan keluarga kedua belah pihak.

Hijab Wanita Islam


Hijab Wanita Islam
Hijab bererti tabir , tirai atau dinding dan digunakan juga dengan erti kata perselindungan wanita di dalam Islam daripada pandangan lelaki ajnabi.
Rasululullah SAW menyatakan bahawa wanita ialah aurat yang mesti diselindungkan.
Firman Allah SWT : “ katakanlah ( wahai Muhammad ) kepada orang lelaki yang beriman: hendaklah mereka menahan( sebahagian ) daripada pandangan mereka  dan memelihara kemaluan mereka yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka.Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat .”
( surah An-Nur ayat 30)
Firman Allah yang menerangkan akan batas-batas aurat wanita ialah : ( surah An-Nur ayat 31)

Hijab: Aurat meliputi gaya suara dan jalan wanita
 
TERMASUK dalam erti hijab bagi wanita ialah menjaga gaya tutur kata dan pertuturannya.
Ia hendaklah tidak dalam gaya atau mempunyai unsur yang boleh menarik perhatian lelaki secara sengaja atau tidak sengaja, seperti gaya pertuturan yang dimanja-manja atau penggunaan perkataan yang memberahikan. Firman Allah taala yang bermaksud:
"Oleh itu janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja (semasa bercakap dengan lelaki asing) kerana yang demikian itu boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk terhadap kamu) dan berkatalah dengan kata-kata yang baik (sesuai dan sopan). "(Surah Al-Ahzab: 32)
Sebahagian ulama menjadikan ayat ini sebagai dalil bahawa suara wanita adalah aurat juga. Namun semua bersetuju, walaupun di kalangan pihak yang berpendapat suara bukan aurat bagi wanita, bahawa wanita tidak boleh bertutur dengan gaya yang boleh menimbulkan tarikan lelaki terhadapnya.
*Terdapat juga persoalan mengenai bolehkah wanita berdakwah melalui nasyid...?
 
 *Gaya jalan
Termasuk dalam hijab ialah gaya jalan seorang wanita. Ini berdasarkan pada firman Allah taala yang bermaksud:
... dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka. (Surah An-Nur: 31)
Ayat ini mengharamkan wanita memakai pergelangan kaki yang berloceng sehingga apabila ia berjalan loceng itu berbunyi dan menarik perhatian seorang lelaki kerana ayat ini diturunkan merujuk kepada perbuatan wanita jahiliah yang sedemikian. Berdasarkan ayat ini juga, wanita dilarang memakai pergelangan tangan yang mengeluarkan bunyi loceng yang menarik perhatian dan larangan wanita dari melenggok-lenggokkan tubuh badannya sehingga menarik perhatian lelaki. Lantaran kurang kefahaman, amalan memakai alat perhiasan berloceng ini didapati juga di kalangan wanita yang memakai hijab pakaian.

*Berkhalwat
Berkhalwat bermaksud berdua-duaan di tempat yang terasing dengan lelaki yang bukan mahram. Larangan ini wujud dalam hadis Rasulullah saw yang bermaksud:
"Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari Akhirat maka janganlah berkhalwat dengan seorang wanita tanpa bersamanya mahram kerana yang ketiga dari mereka adalah syaitan." (Riwayat Ahmad)

*Bersentuh kulit
Termasuk dalam hijab wanita ialah menjaga aspek ini kerana hadis berikut yang bermaksud:
"Andaikata kepala salah seorang dari kamu dicucuk dengan jarum besi, maka itu lebih baik baginya dari menyentuh wanita yang tidak halal baginya." (Riwayat At-Tabrani & Al-Baihaqi)
Ini adalah pandangan yang lebih kuat yang menjadi pegangan majoriti ulama kecuali mazhab Maliki. Ini juga aspek hijab yang masih diabaikan oleh kebanyakan wanita.

*Tunduk pandangan
Bagi memenuhi tuntutan hijab, Islam juga memerintahkan wanita menundukkan pandangannya dari melihat lelaki. Ini berdasarkan firman Allah taala yang bermaksud:
Dan katakanlah kepada wanita-wanita mukminah agar mereka menundukkan pandangan mereka. (Surah An-Nur: 31)
Menunduk pandangan bukan hanya perintah ke atas orang lelaki dari melihat wanita. Walaupun seorang lelaki berpakaian menutup aurat, namun ia tidak bermakna boleh seorang wanita melihatnya tanpa tujuan yang dibenarkan begitu juga lelaki.

*Bersolek dan menghias diri
Hijab juga meliputi aspek bersolek dan menghias diri. Ini berdasarkan firman Allah taala yang bermaksud:
... dan janganlah kamu mendedahkan diri (bersolek) seperti cara orang Jahiliah zaman dahulu ... (Surah Al-Ahzab: 33)
Bersolek ini meliputi solekan pada pakaian dan tubuh. Islam membenarkan solekan dan hiasan bagi wanita di hadapan mahram atau untuk melayan suami.
Di sini juga kita dapati sesetengah wanita yang berhijab pakaian tetapi tubuhnya, terutama wajah, dihiasi dengan pelbagai solekan yang menarik perhatian lelaki.
Demikianlah luasnya tuntutan hijab ke atas wanita yang melampaui aspek pakaian dan tudung semata-mata. Seharusnyalah wanita-wanita Islam memahaminya dan berusaha untuk melaksanakannya. Batas-batas ini bukanlah satu kongkongan tetapi ia mengandungi hikmah dan kebaikan yang ditetapkan oleh Allah taala Yang Maha Bijaksana.
p/s:InsyaAllah moga ia menjadi peringatan buat diri ini dan buat semua kaum muslimah.Jaga diri, Hiasi peribadi.
" Dunia adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita solehah"

7 Tipudaya Syaitan ke Atas Umat Islam

 
7 Tipudaya Syaitan ke Atas Umat Islam

copy by hafiz firdaus abdullah
 

 

BAB KEEMPAT: TUJUH TIPU DAYA SYAITAN KE ATAS UMAT ISLAM

 
Dalam Bab Kedua kita telah mempelajari empat objektif utama syaitan ke atas manusia, iaitu:
  1. Menyesatkan manusia.
  2. Mengkafirkan manusia.
  3. Memusyrikkan manusia.
  4. Menjadikan manusia penghuni neraka.
Untuk mencapai objektif ini, syaitan memiliki pelbagai ciri dan kemampuan sebagaimana yang telah kita pelajari dalam Bab Ketiga. Dalam bab ini pula kita akan mempelajari bagaimana syaitan menggunakan ciri-ciri dan kemampuan tersebut ke atas umat Islam untuk mencapai objektifnya.
 
Terdapat dua kaedah yang digunakan oleh syaitan untuk mencapai salah satu atau lebih dari empat objektifnya, iaitu:
 
 
Kaedah Pertama: Gangguan Secara Terus.
Kaedah ini lazimnya digunakan terhadap orang yang lemah penghayatan agamanya atau yang mengabaikan agamanya. Syaitan secara terus akan mengajaknya kepada kemungkaran yang jelas lagi diketahui ramai seperti minum arak, berzina, berjudi dan sebagainya. Allah Subhanahu wa Ta'ala menerangkan kaedah syaitan yang pertama ini:
 
Dan janganlah kamu ikut jejak langkah syaitan; kerana sesungguhnya syaitan itu
ialah musuh yang terang nyata bagi kamu.
Ia hanya menyuruh kamu melakukan kejahatan dan perkara-perkara yang keji,
dan (menyuruh) supaya kamu berkata (dusta) terhadap Allah apa yang kamu tidak ketahui.
[al-Baqarah 2:168-169]
 
Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menurut jejak langkah syaitan;
dan sesiapa yang menurut jejak langkah syaitan,
maka sesungguhnya syaitan itu sentiasa menyuruh
(pengikut-pengikutnya) melakukan perkara yang keji dan perbuatan yang mungkar.
[al-Nur 24:21]
 
 
 
Kaedah Kedua: Gangguan Secara Tipu Daya.
Kaedah ini lazim ditujukan kepada orang yang memiliki penghayatan agama atau berminat untuk meningkatkan penghayatan agamanya. Bagi orang seperti ini, kaedah gangguan secara terus jarang digunakan kerana mereka sudah mengetahui keharaman arak, judi dan zina. Maka syaitan menggunakan kaedah tipu daya, iaitu menggunakan pelbagai helah dan muslihat untuk menipu manusia sehingga akhirnya tercapai objektifnya. Tipu daya ini sukar untuk dikesan, bahkan orang yang mengalaminya merasai bahawa dia sedang berada di atas hidayah dan kebenaran.
 
Insya-Allah dalam Bab Keempat ini saya akan menyenaraikan tipu daya-tipu daya yang dimaksudkan, diikuti dengan beberapa contoh bagaimana syaitan menjalankan setiap dari tipu daya tersebut. Perkara penting yang perlu diingatkan di sini ialah cara syaitan menjalankan tipu dayanya tidak terhad kepada contoh yang saya beri. Para pembaca sekalian hendaklah bijak mengkaji dan menganalisa untuk mengetahui cara-cara lain syaitan menggunakan sesuatu tipu dayanya.
 
 
  
Tipu Daya # 1: Menakutkan Umat Islam.
Tipu daya yang pertama ini dapat kita pelajari dari ayat berikut:
 
Sesungguhnya yang demikian itu ialah syaitan
yang menakut-nakutkan (kamu terhadap) penolong-penolongnya.
Oleh itu, janganlah kamu takut kepada mereka,
tetapi takutlah kepada-Ku (Allah) jika betul kamu orang-orang yang beriman.
[‘Ali Imran 3:175]

Dalam ayat di atas, Allah Subhanahu wa Ta'ala menerangkan tipu daya syaitan yang menakut-nakutkan umat Islam daripada berhadapan dengan musuh dalam Perang Uhud. Lalu Allah mengingatkan umat Islam agar tidak takut kepada musuh, sebaliknya takutlah kepada-Nya.

Pengajaran penting dari ayat ini ialah tipu daya syaitan untuk meresapkan perasaan takut ke dalam hati dan fikiran manusia. Perasaan takut ini tidak terhad kepada menghadapi musuh dalam peperangan, tetapi meluas kepada pelbagai urusan lain. Antaranya ialah menuntut ilmu.
 
Syaitan mengetahui bahawa untuk mencapai salah satu atau lebih dari empat objektifnya, ia perlu terlebih dahulu menjauhkan umat Islam dari ilmu berkenaan agama mereka. Syaitan mengetahui bahawa jika umat Islam menguasai ilmu agama, khususnya al-Qur’an dan al-Sunnah, amatlah sukar baginya untuk menyesat, mengkafir, memusyrik dan menjadikan umat Islam penghuni neraka. Oleh kerana syaitan tidak dapat menghapuskan al-Qur’an dan al-Sunnah, ia beralih kepada menjauhkan umat Islam dari al-Qur’an dan al-Sunnah.
 
Caranya? Lakukan tipu daya untuk menakutkan umat Islam dari menghampiri al-Qur’an dan al-Sunnah. Takutkan mereka dari menelaah al-Qur’an dan al-Sunnah. Takutkan mereka dari mendengar atau membaca sesuatu sumber ilmu yang dipenuhi dengan dalil-dalil al-Qur’an dan al-Sunnah. Untuk menakutkan umat Islam dari ilmu agama, syaitan memiliki 3 bisikan yang amat masyhur:
 
Bisikan Pertama:
 “Siapa menuntut ilmu tanpa guru maka dia menuntut ilmu dengan syaitan”.
 
Bisikan ini amat masyhur sehingga ia berjaya menakutkan ramai umat Islam dari menuntut ilmu tentang agama mereka. Bahkan ada yang menganggapnya sebagai sebuah hadis.
 
Sebenarnya berguru memang penting dalam Islam. Maksud berguru ialah seorang yang rendah ilmunya menuntut daripada seorang yang lebih tinggi ilmunya. Cara atau sarana berguru boleh berbeza-beza seperti pembacaan, menonton program di TV, mendengar rakaman, berdialog di internet dan duduk berhadapan (face to face). Oleh itu, sebagai contoh, jika seseorang sedang membaca buku Imam al-Nawawi rahimahullah, bererti dia sedang berguru dengan beliau.
 
Akan tetapi syaitan telah masuk campur merosakkan maksud berguru. Ia membataskannya kepada berguru secara berhadapan sahaja (face to face). Syaitan mengetahui bahawa dengan pembatasan ini, ramai umat Islam tidak akan dapat menuntut ilmu. Ini kerana masing-masing sibuk dengan kuliah, kerja dan keluarga sehingga sukar untuk duduk berhadapan dengan guru kecuali untuk beberapa ketika. Selain itu sukar pula untuk mencari guru yang berilmu, amanah dan jujur untuk berguru secara face to face dengannya. Maka setelah melakukan pembatasan tersebut, syaitan menakutkan orang ramai bahawa jika mereka menuntut ilmu tanpa guru, yakni tanpa face to face dengan seorang guru, maka orang itu sedang menuntut ilmu dengannya.
 
Bisikan syaitan ini dapat dilawan dengan penjelasan bahawa sesiapa yang menuntut ilmu dengan apa jua cara, asalkan ikhlas demi memperbaiki agamanya, maka yang akan menjadi gurunya bukan syaitan tetapi Allah Subhanahu wa Ta'ala. Allah berjanji di dalam al-Qur’an:

Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh
kerana memenuhi kehendak agama Kami,
sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami;
dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah
adalah berserta orang-orang yang berusaha
membaiki amalannya.
[al-Ankabut 29:69]
 
 
 
Bisikan Kedua:
“Anda perlu menguasai bahasa arab terlebih dahulu. Tidak boleh belajar agama tanpa bahasa arab.”
 
Melalui bisikan ini syaitan sekali lagi dapat menakutkan orang ramai dari menuntut ilmu agama. Melalui bisikan ini ramai yang menggunakan masa dan tenaga yang dia miliki untuk belajar bahasa Arab. Bertahun-tahun belajar tetapi yang diketahui hanya sekadar “Aina anta?”
 
Sebenarnya pada masa kini, penguasaan bahasa Arab tidak perlu menjadi prioriti untuk menuntut ilmu agama. Ini kerana sudah terdapat banyak buku-buku bahasa Arab yang sudah diterjemah ke bahasa Malaysia, Indonesia dan Inggeris. Selain itu terdapat juga buku-buku dalam bahasa Malaysia, Indonesia dan Inggeris yang dikarang oleh penulis yang menguasai bahasa Arab dengan baik. Buku ini mewakili pelbagai subjek seperti aqidah, tafsir, hadis, fiqh, akhlak dan lain-lain. Semua ini memudahkan kita menuntut ilmu agama tanpa perlu menguasai bahasa Arab.
 
Dalam konteks ini, orang-orang yang ingin menuntut ilmu agama boleh dibahagikan kepada dua kumpulan:
  1. Mereka yang memberi tumpuan kepada mempelajari bahasa Arab. Kumpulan ini lazimnya mengambil masa beberapa tahun belajar bahasa Arab dengan hajat ingin dapat membaca kitab-kitab klasik[1] seperti Tafsir al-Qurtubi dan Syarh Shahih Muslim bi al-Nawawi. Setelah beberapa tahun, segelintir di antara mereka ada yang berjaya. Namun kebanyakan yang lain gagal. Dalam masa beberapa tahun tersebut, mereka masih jahil tentang agama dan jahil juga tentang bahasa Arab. Akhirnya mereka kecewa dan putus asa dari ingin menuntut ilmu agama.
  2. Mereka yang memberi tumpuan kepada mempelajari ilmu-ilmu agama dari sumber bahasa yang mereka fahami. Dalam masa beberapa tahun, kumpulan ini sudah menguasai aqidah yang tulen, fiqh perbandingan antara empat mazhab dan akhlak yang selari dengan Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. Mereka juga menguasai ilmu tafsir, hadis, fiqh dan lain-lain. Setelah itu mereka mula memberi tumpuan kepada mempelajari bahasa Arab.
 
Ini kerana pada tahap awal proses menuntut ilmu, bahasa Arab tidak penting. Akan tetapi pada tahap seterusnya, bahasa Arab menjadi penting untuk mereka melanjutkan kajian kepada sumber-sumber yang belum diterjemahkan. Bahasa Arab juga menjadi penting dalam rangka menjawab orang-orang yang kononnya ahli dalam bahasa Arab tetapi sengaja mengubah terjemahan ayat al-Qur’an, hadis atau perkataan ulama’ silam dalam kuliah atau tulisan mereka demi membenarkan pandangan mereka yang menyesatkan.
 
Oleh kerana kumpulan ini sudah memiliki penguasaan dalam sesuatu subjek, mudah untuk mereka menelaah subjek tersebut dari sebuah kitab berbahasa Arab. Sebagai contoh, sebuah kitab fiqh klasik dalam bahasa Arab akan mudah ditelaah oleh orang yang mahir dalam subjek fiqh sekali pun dia belum mahir dalam bahasa Arab. Berbeza dengan orang yang mahir dalam bahasa Arab tetapi lemah dalam subjek fiqh, dia akan mengalami kesukaran untuk menelaahnya.
 
Ringkasnya, menguasai bahasa Arab tidak menjanjikan penguasaan dalam ilmu-ilmu agama, apatah lagi penghayatannya. Syaitan telah berjaya menakut-nakutkan umat Islam dari menuntut ilmu-ilmu agama dengan meletakkan syarat penguasaan bahasa Arab terlebih dahulu. Lawanlah tipu daya syaitan ini dengan menuntut ilmu-ilmu agama dalam apa jua bahasa. Prioriti anda ialah aqidah dan asas-asas agama seperti ilmu berkenaan al-Qur’an dan al-Sunnah. Seterusnya ia diikuti dengan ibadah dan akhlak. Kemudian apabila anda memiliki masa dan tenaga yang lebih, berilah tumpuan kepada bahasa Arab.
 
 
 
Bisikan Ketiga:
“Saya takut hendak membaca dari sumber terjemahan kerana mungkin terdapat kesilapan terjemahan.”
 
Tidak ada buku yang sempurna dari kesilapan melainkan al-Qur’an. Selain al-Qur’an, kemungkinan wujudnya kesilapan memang ada. Demikian juga bagi buku-buku yang diterjemah dari bahasa Arab ke bahasa Malaysia, Indonesia dan Inggeris. Kemungkinan kesilapan memang ada. Akan tetapi kemungkinan tersebut amatlah kecil. Berdasarkan pengalaman saya membaca kitab terjemahan dan membandingkannya dengan kitab asal berbahasa Arab, berani saya katakan bahawa kemungkinan tersebut hanya sekadar 2 hingga 3 peratus. Hanya syaitan yang membesar-besarkannya kepada 20 hingga 30 peratus.
 
Lebih dari itu, kesilapan yang berlaku di sisi penterjemah boleh juga berlaku di sisi penterjemah yang lain. Jika anda menguasai bahasa Arab, anda juga akan membuat kesilapan ketika membaca sesebuah kitab, khasnya kitab klasik yang ditulis pada zaman awal dan pertengahan Islam.
 
Oleh itu lawanlah bisikan syaitan ini dengan cara menelaah sesebuah buku terjemahan dengan teliti. Jika menemui sebuah kenyataan yang memusykilkan, bertanyalah kepada orang yang mahir dalam subjek tersebut. Insya-Allah dia akan dapat menerangkan sama ada itu satu kesilapan terjemahan atau kemusykilan yang sebenarnya satu kebenaran.
 
Demikian tiga contoh bisikan syaitan yang masyhur dalam rangka menakutkan umat Islam dari menuntut ilmu agama. Sungguh, apabila iblis berjanji di hadapan Allah: “Jika Engkau beri tempoh kepadaku hingga Hari Kiamat, tentulah aku akan menyesatkan zuriat keturunannya (manusia), kecuali sedikit (di antaranya).” [al-Isra’ 17:62], ia tidak sangka bahawa amatlah mudah untuk melaksanakan janjinya itu. Buktinya dapat dilihat pada masa kini dimana majoriti dari umat Islam amat takut untuk belajar berkenaan agama mereka. Sekali pun sebahagian dari mereka memiliki kelulusan pendidikan yang amat tinggi, mereka amat takut untuk belajar tentang Islam. Mereka mencukupkan diri dengan apa yang dipelajari di bangku sekolah.

Apabila umat Islam tetap berada dalam keadaan jahil, mudah bagi syaitan untuk mencapai objektifnya menyesat, mengkafir, memusyrik dan menjadikan umat Islam penghuni neraka. Atas tipu daya syaitan ini, kita akan temui kebanyakan orang yang memiliki penghayatan agama melaksanakan penghayatan tersebut hanya dengan mengikuti orang-orang sebelum mereka atau kumpulan tertentu. Amat sedikit yang menghayati agama berdasarkan kefahaman yang jitu berkenaan al-Qur’an dan al-Sunnah yang sahih serta teladan generasi al-Salaf al-Shalih.
 
Bahkan tanpa ilmu agama yang sahih, iaitu ilmu yang berdasarkan al-Qur’an dan al-Sunnah, mudah untuk syaitan mencapai objektifnya itu dengan melakukan tipu daya memperindahkan sesuatu yang sebenarnya mungkar. Tipu helah ini akan kita kaji seterusnya insya-Allah.
 
Maka kepada para pembaca sekalian, jika terlintas di hati anda perasaan takut untuk menuntut ilmu, ketahui bahawa itu adalah lintasan dari syaitan. Ucaplah “A’uzubillahi minas syaitan nirrajim” dan terus memberanikan diri anda untuk menuntut ilmu.[2]
 
Selain menakutkan umat Islam dari menuntut ilmu, syaitan juga menakutkan umat Islam dengan cara-cara berikut:
 
Ø     Menakutkan dari menyampaikan ilmu yang hak. Bagi orang yang berilmu, syaitan menakutkan mereka dari menyampaikan kebenaran. Konon, jika dia menyampaikan kebenaran, dia akan kehilangan kerja atau akan disisih oleh masyarakat.
 
Ø     Menakutkan dari bersedekah. Bagi yang ingin bersedekah, syaitan berbisik bahawa sedekah itu hanya akan merugikan dia atau orang yang dia sedekahkan itu akan mensia-siakan sedekah tersebut.
 
Ø     Menakutkan dari bersikap jujur. Syaitan banyak mengganggu dengan ketakutan ini. Syaitan menghasut, konon martabat dan harga diri seseorang akan jatuh jika dia bersikap jujur untuk meminta maaf atas sesuatu kesilapannya atau berkata “Saya tidak boleh melakukannya” untuk sesuatu permintaan.
 
Oleh kerana itu dua frasa yang paling sukar untuk disebut ialah “Maaf, saya silap” dan “Saya tidak boleh”. Semakin tinggi kedudukan atau kemasyhuran seseorang, semakin sukar untuk dia menyebut dua frasa tersebut. Ramai memilih untuk bersikap diam atau membuat alasan-alasan yang lain, padahal sikap seperti itulah yang sebenarnya menjatuhkan martabatnya dan memurahkan harga dirinya.
 
 
 
 
Tipu Daya # 2: Memperindahkan Perkara Mungkar.
Apabila syaitan diusir dari langit, ia berjanji:
 
Iblis berkata: “Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat,
(maka) demi sesungguhnya aku akan memperindahkan
(segala jenis kemungkaran) kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini,
dan aku akan menyesatkan mereka semuanya.”
[al-Hijr 15:39]
 
Tipu daya ini telah dilaksanakan oleh syaitan kepada setiap generasi umat manusia dari awal:
 
Demi Allah! Sesungguhnya kami juga telah mengutus Rasul-rasul
kepada umat-umat yang terdahulu daripadamu (wahai Muhammad),
lalu syaitan memperindahkan pada (pandangan) mereka
akan amal-amal mereka (yang sebenarnya mungkar);
maka Dia-lah menjadi pemimpin mereka pada hari ini (Hari Kiamat)
dan mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya.
[al-Nahl 16:63]
 
Maksud memper-indahkan perkara mungkar ialah memberi pengaruh palsu kepada umat Islam bahawa apa yang sedang mereka lakukan adalah amal shalih yang baik lagi sesuai dengan Islam. Akan tetapi yang benar apa yang sedang dilakukan itu adalah amal mungkar yang buruk lagi bertentangan dengan Islam. Amatlah mudah bagi syaitan untuk memperindahkan sesuatu yang sebenarnya mungkar kerana sejak awal ia telah berjaya menakutkan umat Islam dari menuntut ilmu (Tipu Daya # 1). Tanpa ilmu, umat Islam tidak dapat mengukur baik atau buruk sesuatu perkara berdasarkan ukuran al-Qur’an dan al-Sunnah yang sahih.

Terdapat beberapa cara syaitan memperindahkan perkara mungkar. Antaranya ialah dengan memberi nama-nama yang indah kepada sesuatu yang sebenarnya haram. Ini dapat kita pelajari dari pengalaman Nabi Adam ‘alaihi salam. Ketika Adam berada dalam syurga, Allah Subhanahu wa Ta'ala berpesan kepadanya, bahawa dia boleh memakan apa jua yang dia sukai kecuali satu jenis pohon (pokok):
 
Dan kami berfirman: “Wahai Adam! Tinggallah engkau dan isterimu dalam syurga,
dan makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa sahaja kamu berdua sukai,
dan janganlah kamu hampiri pohon ini;
(jika kamu menghampirinya) maka akan menjadilah kamu
dari golongan orang-orang yang zalim.”
[al-Baqarah 2:35]
 
Syaitan ingin mengeluarkan Adam dari syurga. Bagaimana caranya? Ahaa! Tukar nama pohon yang “dilarang” kepada nama yang lebih indah, seperti pohon yang “memberi kehidupan dan kekuasaan yang kekal abadi”. Allah Subhanahu wa Ta'ala menerangkan tipu daya syaitan ini:
 
Setelah itu maka syaitan membisikkan kepadanya dengan berkata:
“Wahai Adam, mahukah, aku tunjukkan kepadamu
pohon yang menyebabkan hidup selama-lamanya,
dan kekuasaan yang tidak akan hilang lenyap?”
[Ta-Ha 20:120]
 
Tipu daya syaitan dalam memperindahkan perkara mungkar tidak terhad kepada menukar nama. Pada kesempatan ini saya ingin berikan dua contoh amalan yang lazim dilakukan oleh masyarakat yang telah diperindahkan oleh syaitan.
 
 
Contoh Pertama: Zikir Berirama.
Pada masa kini terdapat satu amalan yang semakin meningkat kemasyhurannya, iaitu zikir dengan suara yang kuat (jahr) secara beramai-ramai dengan mengikuti irama atau rentak tertentu. Zikir berirama sebenarnya sudah wujud pada zaman pertengahan Islam. Akan tetapi pada masa kini dengan adanya teknologi moden seperti mikrofon, alat pembesar suara, kaset, cakera padat dan sebagainya, zikir berirama pantas mendapat tempat di hati orang ramai.
 
Apabila ditanya, kenapa kalian suka kepada zikir berirama? Mereka menjawab bahawa zikir berirama menghasilkan banyak kebaikan seperti hati yang khusyuk dan jiwa yang terasa seolah-olah diberi suntikan hidup yang baru (revitalized and recharged). Sebahagian lain menjawab, keindahannya tidak dapat digambarkan dengan perkataan. Kemudian mereka mengemukakan ayat berikut sebagai hujah:
 
(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah.
Ketahuilah dengan zikrullah itu, tenang tenteramlah hati manusia.
[al-Ra’d 13:28]
 
Sebenarnya yang mengindahkan zikir berirama ialah syaitan. Syaitan mengindahkannya agar dengan itu umat Islam terhindar dari zikir yang sebenarnya disyari‘atkan oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala, iaitu:
 
Dan sebutlah serta ingatlah (zikir) akan Tuhanmu dalam hatimu
dengan merendah diri serta dengan perasaan takut,
dan dengan tidak pula menguatkan suara (jahr) pada waktu pagi dan petang,
dan janganlah engkau menjadi dari orang-orang yang lalai.
[al-A’raaf 7:205]
 
Berdasarkan ayat di atas, dapat diketahui bahawa zikir yang dihendaki oleh Yang kita tujukan zikir (Allah) ialah:[3]
 
  1. Ingatan dalam hati.
  2. Sikap merendahkan diri kerana mengingati kebesaran Yang sedang ditujukan zikir.
  3. Sikap takut kepada Yang sedang ditujukan zikir.
  4. Secara sirr dan bukan jahr. Sirr ialah menyebut bacaan zikir dengan lidah dan bibir sehingga bacaan dapat didengar oleh orang yang sedang berzikir dan orang di sebelahnya. Jahr ialah menyebut bacaan zikir dengan getaran kotak suara di kerongkong sehingga suaranya dapat didengar oleh orang ramai di sekeliling.
Apabila seseorang itu berzikir dengan cara, kalimah dan jumlah yang dikehendaki oleh Allah, maka Allah akan mengurniakan ketenteram hati seperti yang dijanjikan-Nya dalam ayat 28 surah al-Ra’d. Ada pun bagi cara, kalimah dan jumlah yang berbeza dari yang dikehendaki oleh Allah, maka yang mengurniakan ketenteraman hati bukanlah Allah tetapi syaitan.
 
 
Contoh Kedua: Memagar Rumah.
Zukfikli beberapa kali menjengok keluar dari pintu rumahnya. Sudah hampir 15 minit dia duduk di kerusi malas yang diletakkannya di hadapan pintu. “Bila jamaah masjid nak sampai? Harap tuk imam tidak ada urusan lain. Harap dia dapat datang seperti yang dijanjikan” Demikian bisik hati Zulkifli dengan penuh debaran.
 
Jam di dinding menunjukkan waktu 7.22 malam. Pada malam itu, selepas solat Maghrib, Zulkifli merancang membuat kenduri doa selamat dan majlis memagarkan rumah. Sejak beberapa minggu yang lepas, terasa seolah-olah ada sesuatu yang asing di rumah. Pintu dan tingkap bergerak sendiri padahal tiada angin yang bertiup. Sekali sekala di tepi anak mata ternampak seolah-olah ada bayangan yang bergerak. Namun apabila ditoleh, ternyata tiada apa-apa.
 
Jiran-jiran dan rakan-rakan di pejabat mencadangkan agar Zulkifli memagar rumahnya. Kata mereka, ada makhluk ghaib yang keluar masuk dan turut menumpang di rumahnya. Atas cadangan itu, Zulkifli menjemput imam masjid dan para jamaahnya untuk membuat kenduri doa selamat dan majlis memagar rumah.
 
Nasi minyak, ayam masak merah, kuah dalca dan acar buah telah siap disediakan. Akan tetapi di antara semua persediaan tersebut yang terpenting ialah 2 botol air mineral yang disediakan atas permintaan imam. Air-air tersebut akan dijampi, kemudian dituang di sekeliling rumah. Kata imam, air tersebut akan bertindak sebagai pagar ghaib yang memagar rumah dari makhluk ghaib. Zulkifli tidak tahu bacaan apa yang bakal dijampikan. Akan tetapi dia yakin, tuk imam tahu apa yang patut dibacakan.
 
“Samaikuuum!” Kedengaran bunyi salam di pintu pagar. “Waikumsalaaam” jawab Zulkifli, penuh kelegaan. “Jemputlah masuk” sambung Zulkifli setelah melihat tuk imam dan beberapa orang jamaah masjid sedang berdiri di pintu pagarnya.
 
Amalan memagar rumah adalah sesuatu yang masyhur di Malaysia. Orang memagar rumah kerana ingin melindunginya dari gangguan makhluk ghaib atau kerana menyangka makhluk sedang mengganggu rumahnya. Di sebalik semua itu, yang sebenarnya mengganggu ialah syaitan. Untuk sebahagian orang, ia mengganggu dengan membisikkan perasaan takut kepada makhluk ghaib (Tipu Daya # 1) agar dengan itu orang tersebut akan berusaha memagar rumahnya. Untuk sebahagian yang lain, ia mengganggu dengan mengerak-gerakkan pintu dan tingkap, membuat suara aneh, memberi mimpi buruk, merasuk dan pelbagai lagi. Semua ini dengan tujuan agar penghuni rumah berusaha untuk memagar rumah.
 
Kenapa amalan memagar rumah menjadi penting kepada syaitan? Kepentingannya dapat dijelaskan dengan langkah-langkah berikut:
  1. Syaitan tahu dengan memagar rumah, penghuninya akan meletakkan keyakinan kepada alat yang dianggap sebagai pagar. Alat itu mungkin air jampi, tongkat, penyapu lidi dan sebagainya. Maka untuk menghasut penghuni rumah memagar rumahnya, syaitan mengganggu mereka dengan bisikan ketakutan atau perbuatan yang aneh di rumah.
  2. Setelah alat tersebut dijampi dan penghuni rumah meletakkannya pada tempat yang sepatutnya, syaitan serta merta menghentikan gangguannya.
  3. Dengan terhentinya gangguan, penghuni rumah akan segera berkeyakinan bahawa “pagar”nya telah berjaya menghalau makhluk ghaib.
  4. Dengan keyakinan kepada sesuatu selain Allah untuk memelihara rumahnya dari mudarat, penghuni rumah telah syirik kepada Allah.
  5. Akhirnya tercapailah hajat syaitan untuk memusyrikkan umat Islam. Syaitan mengindahkan amalan memagar rumah padahal amalan tersebut sebenarnya adalah satu kemungkaran.[4]
Sebenarnya Islam telah pun mengajar amalan memagar rumah yang bersih dari unsur syirik. Ia amat mudah dan boleh dilakukan dengan sendiri. Caranya, ucaplah Basmalah (Bismillah) setiap kali hendak memasuki rumah. Tutuplah pintu dan tingkap dengan membaca Basmalah juga. Hadis-hadisnya boleh dirujuk dalam Bab Ketiga, ketika mengupas ciri syaitan # 12.
 
Kemudian hendaklah para penghuni rumah beristiqamah dengan perintah larangan agama. Kaedah yang mudah dalam persoalan ini ialah: “Jika kita takut kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala, maka syaitan akan takut dari mengganggu kita. Sebaliknya jika kita tidak takut kepada Allah, maka syaitan juga tidak akan takut dari mengganggu kita.” Oleh itu jika penghuni rumah tidak takut kepada Allah sehingga berani mengabaikan perintah larangan Allah, syaitan juga akan berani mengganggunya. Sebagai contoh, bagi kes Zulkifli di atas, hendaklah dia tidak duduk di rumah menunggu jamaah masjid sampai. Sebaliknya hendaklah dia ke masjid untuk menunaikan solat Maghrib berjamaah.
 
 
 
Tipu Daya # 3: Mempelbagai Jalan Kebenaran.
Di samping berjanji untuk memperindahkan perkara mungkar, syaitan juga berjanji untuk menghalang umat Islam dari jalan Allah (Shirat al-Mustaqim). Seterusnya ia akan membuat banyak jalan yang lain dan memperindahkannya sehingga umat Islam menganggap jalan-jalan tersebut adalah Shirat al-Mustaqim padahal ia bukan. Allah Subhanahu wa Ta'ala merakam perjanjian syaitan ini:

Iblis berkata: “Oleh kerana Engkau (wahai Tuhan)
menjadikan daku sesat (maka) demi sesungguhnya aku akan mengambil tempat
menghalangi mereka (dari menjalani) jalan-Mu yang lurus (Shirat al-Mustaqim).
Kemudian aku datangi mereka dari hadapan mereka, dari belakang mereka,
dari kanan mereka serta dari kiri mereka;
dan Engkau tidak akan dapati kebanyakan mereka bersyukur.”
[al-A’raaf 7:16-17]
 
Perjanjian, atau lebih tepat, tipu daya syaitan ini benar-benar telah dilaksanakannya sejak dari zaman awal Islam sehinggalah pada masa kini. Syaitan menghalang umat Islam dari jalan Allah yang tulen lagi benar. Kemudian ia membuat banyak jalan-jalan yang baru. Dalam ayat di atas, syaitan menyebut bahawa ia akan datang dari hadapan, belakang, kanan dan kiri. Empat arah ini bukan bererti empat jalan, tetapi bererti kepelbagaian jalan yang dibukakannya. Ini umpama seorang yang berkata: “Musuh datang menyerangku dari hadapan, belakang, kanan dan kiri.” Kenyataan ini tidak bererti ada empat orang musuh, tetapi bererti ada banyak musuh yang datang dari semua sudut.
 
Tipu daya # 3 ini dilaksanakan syaitan bersama tipu daya # 1 dan 2. Pertama sekali, syaitan menakutkan umat Islam dari menuntut ilmu. Tanpa ilmu, umat Islam tidak tahu yang benar Shirat al-Mustaqim dan yang mana tidak. Kemudian syaitan membuka beberapa jalan yang baru. Walaubagaimana pun syaitan tahu bahawa jalan yang baru tidak cukup untuk menarik umat Islam kepadanya. Perlu diletak sesuatu umpan di atasnya. Maka syaitan mengambil satu atau dua ajaran yang berasal dari Shirat al-Mustaqim dan meletakkannya di atas jalan baru tersebut sebagai umpan.
 
Bagi setiap jalan, syaitan meletakkan umpan yang berbeza-beza. Kemudian syaitan memperindahkan umpan tersebut, konon ia adalah ajaran yang paling penting dalam Islam. “Memadai memberi tumpuan kepada ajaran tersebut, nescaya lengkaplah Islam anda!” demikian bisik syaitan di depan pintu masuk bagi setiap jalan. Kemudian bagi setiap jalan ada syaitan dipertengahannya yang berbisik: “Hendaklah kalian bersungguh-sungguh melaksanakan ajaran tersebut!” Maka orang yang berada di atas jalan-jalan tersebut menokok tambah ajaran itu sehingga ia akhirnya jauh berbeza dari apa yang asalnya diambil dari Shirat al-Mustaqim.
 
Kini setiap jalan sudah memiliki ajaran yang membentuk dasarnya yang tersendiri. Akhir sekali, syaitan memberikan nama-nama indah bagi setiap jalan untuk menarik lebih ramai orang ke atasnya. Nama-nama itu ialah apa yang biasa kita temui pada aliran-aliran yang wujud pada masa kini di dunia Islam. Berikut dikemukakan beberapa aliran yang masyhur diikuti dengan umpannya:
  1. Aliran Tareqat. Umpannya ialah zikir dan kebersihan hati.
  2. Aliran Dakwah. Umpannya ialah keluar sekian-sekian hari untuk berdakwah.
  3. Aliran Kepartian. Umpannya ialah menegakkan politik Islam dan kepimpinan negara.
  4. Aliran Liberal. Umpannya ialah membuka ajaran Islam agar sesuai dengan zaman.
  5. Aliran Khalifah. Umpannya ialah menegakkan khalifah umat Islam.
  6. Aliran Syi‘ah. Umpannya ialah mengangkat Ahl al-Bait menjadi khalifah umat Islam.
  7. Aliran Falsafah. Umpannya ialah ayat-ayat al-Qur’an yang menyuruh umat Islam berfikir.
Demikian beberapa contoh jalan-jalan yang dibuka oleh syaitan sehingga akhirnya muncullah di atas jalan-jalan tersebut aliran-aliran yang memiliki ajaran dasarnya yang tersendiri. Setiap orang akan menganggap jalan merekalah yang paling benar, paling baik hingga akhirnya berlakulah permusuhan, tuduh-menuduh dan sangkaan buruk antara satu sama lain. Padahal mereka semuanya adalah umat Islam. Semua ini adalah hasil tipu daya syaitan jua:
 
Dan katakanlah kepada hamba-hamba-Ku (yang beriman),
supaya mereka berkata dengan ucapan-ucapan yang amat baik;
sesungguhnya syaitan itu sentiasa menghasut di antara mereka;
 sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang amat nyata bagi manusia.
[al-Isra’ 17:53]
 
Orang-orang yang berada di atas jalan-jalan tersebut benar-benar menganggap mereka sedang mendapat hidayah dan berada di atas Shirat al-Mustaqim padahal mereka berada di atas jalan dan hidayah syaitan:
 
Dan sesungguhnya syaitan-syaitan itu tetap menghalangi mereka dari jalan yang benar,
sedang mereka menyangka bahawa mereka orang-orang yang mendapat hidayah.
[al-Zukhruf 43:37]
 
Hanya satu jalan yang betul, iaitu jalan Shirat al-Mustaqim yang dibuka oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala kepada Rasul-Nya Muhammad shallallahu 'alaihi wasallam. Orang-orang yang berada di atas jalan ini dikenali sebagai Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah.[5] Inilah satu-satunya jalan yang benar yang Allah perintah kita untuk berada di atasnya:
 
Dan bahawa sesungguhnya inilah jalan-Ku yang betul lurus,
maka hendaklah kamu menurutnya dan janganlah kamu menurut jalan-jalan (yang lain)
kerana jalan-jalan itu mencerai-beraikan kamu dari jalan Allah,
Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu bertaqwa.
[al-An’aam 6:153]
 
Inilah juga jalan Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, sesiapa yang memilih jalan lain sehingga berpecah menjadi puak-puak atau jamaah-jamaah, masing-masing puak atau jamaah dengan jalan yang tersendiri, maka Rasulullah berlepas diri dari mereka. Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:
 
Bahawasanya orang-orang yang mencerai-beraikan agama mereka
dan mereka menjadi berpuak-puak,
tiadalah engkau (Wahai Muhammad) terkait sedikitpun dalam (perbuatan) mereka.
Sesungguhnya perkara mereka hanya terserah kepada Allah.
Kemudian Dia akan menerangkan kepada mereka (pada Hari Kiamat kelak),
apa yang telah mereka lakukan.
[al-An’aam 6:159]
 
Sebelum beralih ke tipu daya seterusnya, ingin saya tegaskan semula apa yang telah saya sebut di bahagian Kata Pembuka, bahawa tujuan saya menyebut aliran-aliran di atas bukanlah untuk mencela para pengikutnya, tetapi untuk menyedarkan bahawa apa yang dipegang selama ini perlu dianalisa semula.
 
Jika di kalangan pembaca ada yang mengikuti salah satu dari tujuh aliran yang saya sentuh di atas, saya harap anda dapat bersikap adil dalam menganalisa aliran yang anda ikuti. Hayatilah ayat 153 serta 159 surah al-An’aam dan bandingkanlah dengan ayat 16-17 surah al-A’raaf. Kemudian renungilah ayat 37 surah al-Zukhruf. Cuba tanya diri anda dengan jujur: “Adakah saya akan mengikut aliran saya sekarang ini jika sejak awal saya telah mengetahui tipu daya syaitan # 3 ini?”
 
 
 
Tipu Daya # 4: Janji Dan Angan-Angan Kosong.
Allah Subhanahu wa Ta'ala membongkar tipu daya syaitan yang keempat ini dalam firman-Nya:
 
Syaitan sentiasa menjanjikan mereka serta memperdayakan mereka
dengan angan-angan kosong; dan apa yang dijanjikan oleh syaitan itu
tidak lain hanyalah tipu daya semata-mata.
[al-Nisa’ 4:120]
 
Cara syaitan melaksanakan tipu daya ini berkait rapat dengan tipu daya # 3 yang telah dipelajari sebelum ini. Seperti yang dijelaskan, setelah membuka jalan-jalan yang baru, syaitan meletak umpan di setiap pintunya dan menjemput umat Islam memasuki jalan tersebut kerana umpannya. Kemudian bagi setiap jalan, ada syaitan di pertengahannya yang berbisik agar umpan tersebut ditokok tambah sehingga jauh berbeza dari asalnya.
 
Akhir sekali, bagi setiap jalan ada syaitan di hujungnya. Syaitan ini kerjanya menabur janji kejayaan dan angan-angan kemenangan bagi orang-orang yang berada di atas setiap jalan. Bagi orang yang mengikuti jalan atau aliran tareqat, syaitan memberi janji dan angan-angan kosong jika mereka berzikir dengan jumlah sekian-sekian bagi setiap malam, kedudukan mereka akan naik dari awam kepada khusus. Bagi orang yang mengikut jalan atau aliran kepartian, syaitan memberi janji dan angan-angan kosong jika mereka terus memberi tumpuan kepada persoalan politik, status negara Islam akan dapat dicapai. Demikianlah seterusnya bagi setiap jalan atau aliran, syaitan menabur janji dan angan-angan kosong agar dengan itu umat Islam tetap setia kepada aliran masing-masing.
 
 Tipu daya janji dan angan-angan kosong juga ditabur ke atas individu. Antaranya:

  1. Bagi orang yang banyak berbuat maksiat, syaitan menabur angan-angan agar tidak perlu bertaubat serta merta, sebaliknya tunggulah dulu hingga apabila mencapai umur persaraan.
  2. Bagi orang yang sedang menuntut ilmu, syaitan menabur angan-angan bahawa apabila dia mencapai kelulusan PhD., maka dia telah mencapai kemuncak ilmunya.
  3. Bagi orang yang bersolat lima kali sehari, syaitan menabur janji bahawa amalan itu sudah mencukupi, tidak perlu ditambah dengan amalan-amalan yang lain.
  4. Bagi orang yang ingin membanteras bid‘ah, syaitan menabur janji bahawa jika dia bersikap keras, nescaya semua bid‘ah akan berjaya dihapuskan.
  5. Bagi orang yang ingin menegakkan sunnah, syaitan menabur janji bahawa jika dia bergerak pantas, sunnah akan dapat ditegakkan dengan sekelip mata.
 
 
 
Tipu Daya # 5: Mengubah Ciptaan Allah.
Tipu daya kelima ini dinyatakan sendiri oleh syaitan:
 
“Dan demi sesungguhnya, aku akan menyesatkan mereka (dari kebenaran),
dan demi sesungguhnya aku akan memperdayakan mereka
dengan angan-angan kosong, dan demi sesungguhnya
aku akan menyuruh mereka (mencacatkan binatang-binatang ternak)
lalu mereka membelah telinga binatang-binatang itu;
dan demi sesungguhnya aku akan menyuruh mereka
mengubah ciptaan Allah.”
[al-Nisa’ 4:119]
 
Dalam kenyataan di atas, syaitan berjanji akan melakukan beberapa perkara kepada umat Islam, iaitu:
  1. Menyesatkan umat Islam dari jalan Allah. Ini telah kita pelajari dalam Tipu Daya # 3.
  2. Menabur angan-angan kosong. Ini telah kita pelajari dalam Tipu Daya # 4.
  3. Membelah telinga binatang. Ini adalah amalan masyarakat jahiliyah dimana mereka membelah telinga binatang sebagai tanda binatang tersebut adalah istimewa dan dapat dijadikan sembahan atau korban kepada tuhan berhala mereka.
  4. Mengubah ciptaan Allah. Perkara keempat inilah yang menjadi tumpuan kita.
Wujud perbincangan di kalangan para ilmuan Islam, apakah yang dimaksudkan dengan “mengubah ciptaan Allah”. Di antara mereka ada yang berkata, ia adalah mengubah anggota badan seperti mencacatkannya atau menokok tambah kecantikan. Di antara mereka ada yang berkata, ia adalah mengubah agama Allah, iaitu Islam. Pendapat kedua adalah lebih kuat berdasarkan rujukan kepada ayat berikut:
 
Maka hadapkanlah dirimu ke arah agama yang jauh dari kesesatan:
agama Allah, iaitu agama yang Allah menciptakan manusia
(dengan keadaan bersedia dari semulajadi - fitrah) untuk menerimanya.
Tidaklah patut ada sebarang perubahan pada ciptaan Allah itu;
itulah agama yang betul lurus tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.
[al-Rum 30:30]
 
Maksud mengubah ciptaan Allah ialah mengubah agama Islam. Mengubah agama Islam bererti menambah, mengurang dan mengubah-suai dari yang tulen. Inilah juga yang disebut sebagai bid‘ah.
 
Satu contoh mudah, agama Islam yang tulen mengajar bahawa doa sebelum makan hanya dengan membaca Basmalah (Bismillahi Rahmani Rahim). Ini sebagaimana sabda Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam yang telah dikemukakan sebelum ini: “Apabila seorang itu memasuki rumahnya dan mengingati Allah (dengan membaca Bismillah) ketika memasukinya dan ketika ingin makan, berkatalah syaitan (kepada golongannya): “Kalian tidak memiliki tempat untuk bermalam dan tidak juga makanan malam.”[6]
 
Akan tetapi syaitan telah mengubah amalan ini kepada membaca doa yang berbeza. Sekali pun seseorang itu membaca Basmalah, syaitan menghasutnya untuk menambah dengan doa-doa yang lain. Ini adalah satu bid‘ah dan inilah perubahan agama yang diinginkan oleh syaitan. Mungkin di kalangan pembaca ada yang tertanya: “Bukankah membaca doa tambahan sebelum makan adalah satu kebaikan?” Pertanyaan ini dijawab, bahawa kebaikan yang sebenar berasal dari Allah dan Rasul-Nya. Ada pun selain itu yang dianggap kebaikan, ia tidak lain adalah tipu daya syaitan yang memperindahkan perkara mungkar (Tipu Daya # 2).[7]
 
 Sebagai tambahan, dalam ayat 119 surah al-Nisa’ di atas, syaitan bukan sahaja akan menyuruh umat Islam membuat bid‘ah agama tetapi bersumpah bahawa ia benar-benar akan mengerah dan memastikan umat Islam membuat bid‘ah. Perhatikan semula kata-kata syaitan ini yang didahului dengan sumpah: “…dan demi sesungguhnya aku akan menyuruh mereka mengubah ciptaan Allah.”
 
Atas sumpah inilah kelihatannya syaitan berjaya menghasut sebegitu ramai umat Islam untuk membuat bid‘ah. Tidak sekadar itu, syaitan juga memastikan agar mereka yang membuat bid‘ah kekal dengan bid‘ah tersebut. Oleh kerana itulah apabila cuba ditegur orang yang membuat bid‘ah, teguran itu tidak lain hanya akan menyebabkan orang tersebut lebih bersungguh-sungguh dalam bid‘ahnya. Kecuali segelintir yang ikhlas beragama, mereka mengetahui bahawa bid‘ah adalah tipu daya syaitan. Maka mereka segera meninggalkan bid‘ah tersebut dan kembali kepada Islam yang tulen, yang belum mengalami perubahan.[8]
 
 
 
Tipu Daya # 6: Menjadi Jurucakap Allah.
Dalam ayat 169 surah al-Baqarah, Allah Subhanahu wa Ta'ala mengingatkan:
 
Ia (syaitan) hanya menyuruh kamu melakukan kejahatan dan perkara-perkara yang keji,
dan (menyuruh) supaya kamu berkata terhadap Allah apa yang kamu tidak ketahui.
[al-Baqarah 2:169]
 
Apakah yang dimaksudkan dengan “…berkata terhadap Allah apa yang kamu tidak ketahui”? Mudahnya, ia seumpama menjadi jurucakap Allah. Syaitan akan menghasut seseorang itu untuk menjadi jurucakap Allah (spokesman anad spokeswomen for god), iaitu bercakap tentang Allah dan Islam tanpa ilmu pengetahuan. Pada zaman Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, “…berkata terhadap Allah apa yang kamu tidak ketahui” merujuk kepada orang-orang jahiliyah dan kafir musyrik yang mendakwa Allah memiliki anak, malaikat ialah anak perempuan Allah dan berhala-berhala mereka ialah wakil Allah di muka bumi. Maha Suci Allah dari semua dakwaan itu.

Ada pun pada masa kini, “…berkata terhadap Allah apa yang kamu tidak ketahui” berlaku dalam beberapa bentuk. Berikut dikemukakan tiga contoh:
 
Contoh Pertama: Mengulas Sebab Di Sebalik Sesuatu Tragedi.
Apabila berlaku sesuatu tragedi alam seperti banjir, gempa bumi dan kemarau, akan ditemui orang-orang yang memberi ulasan: “Tragedi ini berlaku kerana kilang arak di sana”, atau “Semua ini berlaku kerana ajaran sesat penduduknya”. Seolah-olah yang mengulas itu mempunyai hubungan terus (direct line) dengan Allah dan seterusnya menjadi jurucakap Allah dalam menerangkan kenapa sesuatu tragedi itu berlaku. Yang benar dia hanya mempunyai hubungan terus dengan syaitan dan syaitan menipunya untuk “…berkata terhadap Allah apa yang kamu tidak ketahui.”
 
Benar bahawa semua tragedi, atau lebih tepat: bala’ berlaku dengan kehendak Allah Subhanahu wa Ta'ala. Akan tetapi kita tidak tahu mengapa Allah menurunkan bala’ tersebut. Lebih dari itu tidak semua bala’ Allah turunkan kerana dosa yang pernah dilakukan oleh mangsanya. Ini kerana bala’ juga boleh jadi satu ujian Allah kepada para hamba yang dicintai-Nya. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:
 
إِنَّ عِظَمَ الْجَزَاءِ مَعَ عِظَمِ الْبَلاَءِ وَإِنَّ اللَّهَ إِذَا أَحَبَّ قَوْمًا ابْتَلاَهُمْ فَمَنْ رَضِيَ
 
فَلَهُ الرِّضَا وَمَنْ سَخِطَ فَلَهُ السَّخَطُ.
 
Sesungguhnya besarnya ganjaran berkadar terus dengan besarnya bala’.
Sesungguhnya jika Allah mencintai satu kaum,
Dia menurunkan bala’ kepada mereka.
Sesiapa yang redha maka Allah redha kepadanya
dan sesiapa yang marah maka Allah murka kepadanya.[9]
 
Seandainya kita hidup bersama Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dan bertanya kepada baginda mengapa sesuatu bala’ berlaku, nescaya baginda sendiri tidak berani berkata apa-apa melainkan diam sehingga turun wahyu dari Allah untuk menerangkan sebabnya. Oleh itu sikap yang benar dalam menghadapi sesuatu tragedi atau bala’ bukanlah mengulas mengapa ia berlaku tetapi mengulas apa yang telah kita lakukan untuk membantu mangsanya.
 
 
Contoh Kedua: Menyampaikan Hadis Tanpa Menyemak Sumber Dan Darjatnya.
Menjadi satu kebiasaan di Malaysia bahawa hadis-hadis Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam disampaikan tanpa memerhatikan sumber dan darjatnya. Apa saja yang dikenali sebagai hadis, maka ia terus dianggap sebagai benar-benar berasal dari mulut Rasulullah. Padahal apabila disemak hadis-hadis tersebut, nescaya kebanyakan darinya tidak memiliki asal usulnya atau memiliki darjat yang tidak menepati disiplin ilmu hadis sehingga tidak dapat disandarkan kepada Rasulullah.
 
Sama-sama diketahui bahawa ucapan Rasulullah adalah wahyu yang berasal dari Allah. Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:
 
Dan dia (Muhammad) tidak memperkatakan (sesuatu yang berhubung dengan Islam)
menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri.
Segala yang diperkatakannya itu (sama ada al-Quran atau hadis)
tidak lain hanyalah wahyu yang diwahyukan kepadanya.
[al-Najm 53:3-4]
 
Apabila sesuatu hadis disampaikan tanpa menyemak sumber dan darjatnya, orang yang menyampaikannya telah menjadikan hadis tersebut sebagai wahyu yang berasal dari Allah. Seolah-olah dia mempunyai hubungan terus (direct line) dengan Allah dan seterusnya menjadi jurucakap Allah dalam menerangkan hadis itu dan ini. Yang benar dia hanya mempunyai hubungan terus dengan syaitan dan syaitan menipunya untuk “…berkata terhadap Allah apa yang kamu tidak ketahui.”
 
Benar bahawa jumhur ilmuan membolehkan hadis yang ringan kelemahannya disampaikan untuk tujuan keutamaan amal (Fadhail al-Amal) dan menganjurkan yang baik serta mengancam yang buruk (al-Targhib wa al-Tarhib). Akan tetapi kebolehan ini hanya khusus untuk ahli hadis kerana hanya mereka yang tahu kadar kelemahan sesuatu hadis. Para agamawan seperti imam, khatib, ustaz dan ustazah bukanlah ahli hadis, oleh itu kebolehan di atas tidak meliputi mereka.
 
 
Contoh Ketiga: Membicara Agama Tanpa Ilmu.
Berbincang tentang Islam memang baik jika ia didasari kepada ilmu yang sahih. Sebaliknya berbincangan tentang Islam menjadi tercela jika ia dilakukan tanpa ilmu atau dengan ilmu yang menyeleweng. Mutakhir ini ramai orang yang suka berbincang tentang Islam. Sama ada ceramah di masjid, kuliah di surau, berbalas pandangan di internet atau sembang-sembang di kedai kopi, ramai yang suka berbincang tentang Islam. Tak kira sama ada orang-orang yang berbincang itu duduk dalam jurusan agama atau selainnya, pelbagai pemikiran, hukum dan petua dikemukakan tanpa henti. Seolah-olah Islam adalah sebuah cerpen agama, masing-masing boleh mengarang cerita khayalannya sendiri.

Lebih tepat, seolah-olah semua orang mempunyai hubungan terus (direct line) dengan Allah dan seterusnya menjadi jurucakap Allah untuk menerangkan sekian-sekian pemikiran, hukum dan petua berkenaan agama-Nya. Padahal dia hanya mempunyai hubungan terus dengan syaitan dan syaitan menipunya untuk “…berkata terhadap Allah apa yang kamu tidak ketahui.”
 
Jika hendak dibandingkan, 1400 tahun yang lalu terdapat seorang manusia yang terkenal amanah lagi jujur. Dia adalah seorang yang pendiam, tidak berkata-kata kecuali sesuatu yang benar dan bermanfaat. Dia adalah manusia yang amat disayangi oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala sehingga Allah melantiknya menjadi pesuruh-Nya bagi menyampai agama yang terakhir kepada manusia. Orang yang saya maksudkan ialah Muhammad shallallahu 'alaihi wasallam. Akan tetapi sekali pun baginda memiliki kedudukan yang amat mulia di sisi Allah, Allah tetap memberi amaran kepadanya:
 
Dan kalaulah (Muhammad) mengatakan atas nama Kami sebarang kata-kata rekaan,
sudah tentu Kami akan menyentapnya dengan kekuasaan Kami,
kemudian sudah tentu Kami akan memutuskan tali jantungnya!
[al-Haqqah 69:44-46]
 
 
 
 
 
Tipu Daya # 7: Memberi Nasihat.
Tipu daya syaitan yang ketujuh adalah sesuatu yang tidak kita sangka-sangkakan. Memang, enam tipu daya yang pertama juga tidak kita sangkakan. Akan tetapi yang ketujuh ini melebihi enam yang pertama. Tipu daya syaitan yang ketujuh ialah, ia berpura-pura memberi nasihat kepada kita. Ia berbisik atau bercakap melalui lisan orang yang kita percayai sehingga kita yakin itu adalah nasihat yang jujur dari hati ke hati. Akan tetapi di sebalik nasihat tersebut, syaitan hanya ingin menyesat, mengkafir, memusyrik dan menjadikan kita ahli neraka.
 
Tipu daya ini diakui sendiri oleh syaitan:
 
Dan ia (syaitan) bersumpah kepada keduanya (Adam dan Hawa):
“Sesungguhnya aku adalah dari mereka yang memberi nasihat kepada kamu berdua.”
[al-A’raaf 7:21]
 
Satu contoh bagaimana syaitan melaksanakan tipu daya ini ialah seperti berikut:
 
(Allah berfirman) “Wahai Adam! Tinggallah engkau dan isterimu di dalam syurga
serta makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa sahaja kamu berdua sukai
dan janganlah kamu hampiri pokok ini,
(jika kamu menghampirinya) maka akan menjadilah kamu dari orang-orang yang zalim.”

Setelah itu maka syaitan membisikkan (nasihat) kepada mereka berdua
supaya (dapatlah) ia menampakkan kepada mereka akan aurat mereka
yang (sekian lama) tertutup dari (pandangan) mereka, sambil ia berkata:

“Tidaklah Tuhan kamu berdua melarang kamu berdua
daripada (menghampiri) pohon ini melainkan (kerana Dia tidak suka) kamu berdua
menjadi malaikat atau menjadi dari orang-orang yang kekal
(selama-lamanya di dalam syurga).”
 
Dan ia (syaitan) bersumpah kepada keduanya (Adam dan Hawa):
“Sesungguhnya aku adalah dari mereka yang memberi nasihat kepada kamu berdua.”
[al-A’raaf 7:19-21]
 
Dalam peristiwa di atas, syaitan memberi nasihat kepada Adam dan Hawa: “Tidaklah Tuhan kamu melarang kamu daripada (menghampiri) pokok ini melainkan (kerana Dia tidak suka) kamu berdua menjadi malaikat atau menjadi dari orang-orang yang kekal (selama-lamanya di dalam syurga).” Nasihat ini pada zahirnya kelihatan baik, tetapi ia sebenarnya bersikap batu api dan provokatif. Dengan nasihat ini syaitan ingin menimbulkan keraguan, buruk sangka dan permusuhan kepada Adam dan Hawa terhadap Allah. Setelah memberi nasihat itu, syaitan bersumpah bahawa ia bukan dari kalangan yang menghasut Adam dan Hawa dengan kemungkaran, tetapi: “Sesungguhnya aku adalah dari mereka yang memberi nasihat kepada kamu berdua.”
 
Dalam rangka melaksanakan tipu daya memberi nasihat, syaitan kadangkala membisikkan nasihatnya secara terus kepada orang yang ingin diganggunya. Pada ketika yang lain ia membisikkan nasihatnya kepada orang yang diyakini oleh orang yang ingin diganggunya. Diingatkan semula bahawa syaitan adakalanya menggunakan umat Islam sebagai agennya. Strategi ini pernah digunakan oleh syaitan terhadap para Nabi, maka bukanlah merupakan satu keanehan jika ia menggunakannya terhadap kita juga:
 
Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap Nabi itu musuh
dari syaitan-syaitan manusia dan jin,
setengahnya membisikkan kepada setengahnya yang lain
kata-kata dusta yang indah-indah susunannya untuk memperdaya pendengarnya.
[al-An’aam 6:112]
 
Berikut dikemukakan dua contoh bagaimana syaitan melaksanakan tipu daya # 7 ini dengan menggunakan agen-agen umat Islamnya:
 
 
Contoh Pertama: Masalah Rumah Tangga.
Kepada para pembaca sekalian, umpamakan anda memiliki masalah rumah tangga. Bagi yang belum, berlakonlah seolah-olah anda baru bernikah dan kini memiliki masalah rumah tangga. Umpamakan masalah tersebut ialah pasangan anda akhir-akhir ini menjauhkan diri dari anda. Pasangan anda tidak mengucapkan salam ketika masuk rumah, tidak duduk semeja untuk makan malam dan tidak lagi meluangkan masa bersenda gurau bersama anda.
 
Kemudian ceritakan masalah ini kepada rakan pejabat, jiran, saudara atau sesiapa lain. Nescaya akan didapati nasihat yang lebih kurang berbunyi:
  • “Dia sekarang ada hubungan sulit dengan orang lain. Pergi selidik segera!”
  • “Dia sekarang dah hilang citarasa kepada anda. Tengoklah perut anda yang boroi tu! Malam nanti bila dia tidur, tiupkan di ubun-ubunnya ayat 31 surah ‘Ali Imran: Qul inkuntum tuhibbuna…
  •  “Cuba semak emel dan sms dia, mungkin ada hubungan dengan kekasih lamanya.”
  • “Ada orang dengki dengan kalian berdua. Pasti dah kena sihir agaknya.”
  • “Hmm! Confirm buatan orang. Aku kenal seorang bomoh ini yang boleh bantu engkau lawan balik!”
 
Nasihat-nasihat di atas atau apa-apa lain yang senada berasal dari syaitan. Sekali pun ia terbit dari mulut orang yang kita kenali, syaitan telah menjadikan orang tersebut agennya dan membisikkan kepadanya nasihat yang berbentuk batu api dan provokatif. Dengan nasihat sedemikian syaitan bermaksud untuk membesarkan jurang masalah antara pasangan sehingga akhirnya mereka bergaduh dan bercerai.
 
Ingat! Syaitan yang dapat menceraikan pasangan suami isteri akan mendapat kedudukan yang istimewa dan pujian dari iblis. Maka dia akan mencuba pelbagai tipu daya untuk mencapai kejayaan tersebut.  Dalam hadis yang telah dikemukakan dalam Bab Ketiga ketika mengupas ciri-ciri syaitan # 11, kita telah mempelajari sebuah hadis yang bermaksud: Kemudian datang seorang tentera (syaitan) yang lain dan berkata: “Tidaklah saya meninggalkan (orang yang saya ganggu) sehinggalah dia menceraikan isterinya.” Iblis menghampiri tentera itu dan berkata: “Anda hebat!”[10]
 
Ada pun rakan yang bukan agen syaitan, kita akan dapat mengenali mereka melalui nasihat yang membina lagi positif, umpama:
  • Mungkin pasangan anda dimarahi ketua di pejabat sehingga menyebabkan dia merasa rendah diri. Gembirakanlah dia dengan puji-pujian bahawa dia adalah seorang ayah/ibu yang amat baik lagi disayangi oleh anak-anak.
  • Kalian sudah sekian lama tidak pergi bercuti. Take a few days off dan pergilah bercuti ke Langkawi. Pastikan anda yang belanja kos percutian.
  • Saya rasa ada sesuatu di fikirannya yang merungsingkan. Cubalah anda menghampirinya dan bertanya secara lemah lembut. Jadilah pendengar yang setia, nescaya dia akan meluahkan apa yang menjadikan dia rungsing.
  • Bilakah kali terakhir kalian berdua pergi dating? Tinggalkan anak-anak di rumah bersama seorang penjaga dan pergilah makan malam di restoran kegemarannya. Hanya kalian berdua.
  • Agaknya dia menjauhkan diri dari anda kerana anda sendiri menjauhkan diri darinya? Mungkin anda sedang rungsing memikirkan sesuatu atau ada masalah lain di bahu? Dekatilah dia, nescaya dia akan mendekati anda. Kemudian berkongsilah cabaran yang sedang di hadapi.
 
Ada pun rakan yang telah dijadikan syaitan sebagai agennya, nasihatilah dia dengan baik. Sekali pun dia telah memberi kepada anda nasihat yang buruk, janganlah pula dibalas dengan nasihat yang buruk juga. Ingat:
 
Dan katakanlah kepada hamba-hamba-Ku (yang beriman),
supaya mereka berkata dengan ucapan-ucapan amat baik;
sesungguhnya syaitan itu sentiasa menghasut di antara mereka;
syaitan itu adalah musuh yang amat nyata bagi manusia.
[al-Isra’ 17:53]
 
Jika anda tidak pandai untuk memberi nasihat, hadiahkanlah kepada dia buku ini.
 
 
Contoh Kedua: Perkhidmatan Menghalau Syaitan.
Sejak beberapa bulan yang lalu, Zulkifli dan ahli keluarganya tidur lena setiap malam. Tidak ada yang menjagakan mereka kecuali bunyi deringan jam penggera pada pukul 7.30 pagi. Sejak rumah mereka dipagar dalam majlis yang dipimpin oleh imam masjid, Zulkifli tidak lagi mengalami gangguan makhluk ghaib di dalam rumahnya. Sebagai tanda terima kasih, Zulkifli tidak pernah lupa untuk mensedekah setandan pisang emas kepada masjid pada Jumaat pertama setiap bulan.
 
Akan tetapi pada pagi Ahad ini Zulkifli termenung lama. Sekejap tadi rakan lamanya datang melawat. Ketika sedang duduk di sofa ruang tamu, dia kelihatan seperti melihat-lihat sesuatu di siling rumah. Sama ada siling ruang tamu, ruang makan mahu pun dapur, kelihatan seperti dia ada melihat sesuatu.
 
“Ada apa Rashid?” Zulkifli akhirnya memberanikan diri bertanya.
 
“Hmmm!”
 
“Ehh! Macam engkau nampak sesuatu je?” tanya Zulkifli lagi. Perasaan ingin tahu semakin melonjak, lebih-lebih lagi disebabkan rakannya itu orang kuat agama. Beliau belajar agama di Timur Tengah, dah naik haji enam kali, umrah entah berapa kali. Poket seluarnya tidak pernah kosong dari biji tasbih. “Orang-orang agama ini boleh nampak apa yang aku tak nampak!” hati Zulkifli mencelah.
 
“Ada apa Rashid?” ulang Zulkifli lagi. Kesabarannya mula menipis.
 
“Kamu ada merasai apa-apa gangguan atau perkara aneh di rumah? Rashid akhirnya membuka mulut.
 
“Err! Akhir-akhir ini takde. Tetapi sebelum ini adalah. Aku dah panggil imam masjid untuk memagar rumah. Hebat juga imam tu, sekarang dah OK.”
 
“Oh begitu! Err…aku cerita sikit boleh?”
 
“Haa! Cerita apa? Teruskan. My ears are all yours.
 
“Bismillah, dengan izin Allah, aku sebenarnya dapat melihat makhluk-makhluk ghaib. Aku dapat melihat apa yang engkau dan orang ramai tidak dapat melihat. Allah telah membuka hijab ini kepada aku” jelas Rashid dengan suara yang perlahan lagi penuh rendah diri. Matanya kini hanya fokus ke lantai.
 
“OK, syabas! Teruskan…”
 
“Bukan apa, apabila saja aku masuk pintu pagar rumah engkau, aku merasai kehadiran sesuatu. Apabila sudah masuk, ternyata aku lihat ada syaitan yang tertawan di siling-siling rumah engkau. Minta maaf…… maafkan aku, aku hanya mengkhabarkan sesuatu yang benar.”
 
“Iyya ke? Tetapi aku dah pagar rumah ni beberapa bulan yang lalu.”
 
“Benar, itulah yang menyebabkan makhluk-makhluk tu tertawan di siling”. Ulas Rashid sambil mendongak sebentar ke siling, kemudian merendahkan kembali pandangannya ke lantai. “Tawadhu’ sungguh sahabat aku ni. Dulu zaman sekolah tak pula macam ni. Baguslah.” bisik hati Zulkifli. Rashid meneruskan dengan suara yang rendah:
 
“Dulu apabila kamu memagar rumah ini, ia berjaya menahan syaitan dari masuk ke dalam. Akan tetapi makhluk yang sudah sedia ada di dalam, mereka tidak dapat keluar. Mereka tertawan di siling.”
 
‘Iyya ke? Patutlah aku rasa macam ada orang lain dalam rumah ni, tetapi aku buat-buat tak layan la. So … sekarang macam nak halau yang tertawan di siling tu?”
 
Rashid menjeling ke jam tangan Radonya. “Hmmm, aku ada appointment pukul 10 nanti di rumah hujung sana untuk halau syaitan. Aku tersampai awal, sebab itu aku singgah rumah engkau dulu, nak tengok rakan lama. Khidmat aku lazimnya setengah jam saja. Apa kata pukul 11 nanti aku singgah semula dan halau yang tertawan di siling tu?”
 
“Fuyoo! Engkau ini macam orang profesional saja?”
 
“Allah mengurniakan kepada hamba-Nya yang terpilih kedudukan masing-masing. Ada yang menjadi doktor, ada yang menjadi jurutera. Aku Allah pilih untuk menghalau makhluk yang mengganggu para hamba-Nya. Profesional tu tak lah, tetapi hari ini aku ada lima appointment. Jadi bila aku datang pukul 11 nanti, tak perlu sediakan makanan. Aku kena cepat, pukul 2 petang ada appointment lain.”
 
“Orait! Gua tabik sama lu! Hmmm… engkau ada yuran ke?
 
“Terima kasih kerana bertanya. Biasanya tiga ratus ringgit. Tetapi kawan punya pasal, dua ratus cukuplah.”
 
“Orait set! Aku tunggu engkau pukul 11 ya!”
 
Dalam contoh di atas, Rashid ialah agen syaitan. Bukan sebarangan agen, tetapi agen yang profesional. Agen-agen seperti ini banyak yang dikader oleh syaitan. Mereka menziarahi rumah, kedai, pejabat, kilang atau asrama, lalu memberi nasihat kepada para penghuninya tentang kehadiran syaitan, kemudian menawarkan khidmat menghalaunya. Apabila para penghuni menaruh keyakinan kepada agen-agen tersebut untuk menghalau syaitan dengan sekian jampi-jampian dan tangkal, tercapailah objektif syaitan untuk menyesatkan para penghuni tersebut.
 
Terdapat beberapa cara untuk membuktikan bahawa yang menziarah itu ialah agen-agen syaitan:
  1. Dia akan mendakwa melihat atau mengetahui kehadiran syaitan di rumah anda. Ini adalah pendustaan kerana syaitan adalah ghaib, ia tidak dapat dikesan oleh deria manusia.
  2. Dia akan menawarkan khidmatnya untuk menghalau syaitan tersebut. Tawaran ini memusykilkan. Mengapa minta izin? Teruslah menghalaunya. Tawaran ini tidak lain seumpama orang yang nampak pencuri yang sedang berusaha memasuki rumah jirannya. Dia tidak terus menghalau pencuri itu, sebaliknya menalifon jirannya meminta izin: “Mat, aku nampak ada pencuri sedang cuba buka pintu belakang rumah engkau. Engkau nak ke khidmat aku untuk menghalaunya?”. Di sini mungkin ada yang berpendapat, permintaan izin dilakukan terlebih dahulu kerana mungkin syaitan yang dimaksudkan adalah peliharaan tuan rumah. Pendapat ini dijawab: Bolehkah anda membeza antara pencuri yang sedang cuba membuka pintu dan anak jiran yang sedang cuba membuka pintu? Tentu boleh. Maka demikianlah juga, jika orang itu benar-benar dapat melihat syaitan, dia akan dapat membezakan sama ada itu adalah peliharaan atau tetamu yang tidak dijemput.
  3. Jika seseorang itu benar-benar dapat menghalau syaitan, maka syaitan akan lari sebelum dia menghalau mereka. Ini kerana syaitan amat takut kepada orang yang ikhlas dalam beragama, kuat imannya, teguh ketaqwaannya, menjadikan al-Qur’an sebagai panduan hidup dan al-Sunnah sebagai jalannya. Hanya orang seperti ini yang mampu menghalau syaitan. Akan tetapi dia tidak perlu menghalaunya kerana syaitan itu sendiri akan menjauhkan diri darinya. Maka jika orang seperti ini masuk ke dalam sebuah rumah yang dihuni syaitan, syaitan-syaitan itu akan serta merta lari bertempiaran.
  4. Dia akan menampilkan sifat-sifat rendah diri dan beragama. Sifat-sifat ini adalah solekan semata-mata untuk meraih keyakinan penghuni rumah. Yang menjadi ukuran ialah tindak tanduknya sama ada menepati al-Qur’an dan al-Sunnah atau tidak. Ada pun sifat mahu pun perkataannya, Allah Subhanahu wa Ta'ala telah mengingatkan kita: Dan di antara manusia ada orang yang tutur katanya mengenai hal kehidupan dunia, menyebabkan engkau tertarik hati (mendengarnya), dan dia (bersumpah dengan mengatakan bahawa) Allah menjadi saksi atas apa yang ada dalam hatinya, padahal dia adalah orang yang amat keras permusuhannya (kepadamu). [al-Baqarah 2:204]
  5. Seandainya benar rumah tersebut dihuni syaitan, orang yang mengetahuinya akan mengajar para penghuni rumah cara-cara menghalaunya. Ini kerana cara-cara untuk menghalau syaitan hendaklah dilaksanakan sendiri oleh orang yang menghuni rumah tersebut. Jika dilaksanakan oleh orang lain yang hanya menziarah sekadar setengah jam, syaitan akan kembali sebaik saja orang itu balik. Ingat! Syaitan tidak jahil tetapi manusialah yang jahil.
Apa dan bagaimana cara-cara menghalau syaitan tersebut? Ikutilah bab seterusnya insya-Allah. Sebelum itu ingin ditarik perhatian para pembaca sekalian bahawa cara syaitan melaksanakan tipu daya-tipu dayanya bukanlah secara serta-merta, akan tetapi secara bertahap-tahap. Jika syaitan melakukannya dengan serta-merta, ia tahu umat Islam akan mudah menangkap tipu daya tersebut. Dalam ayat 64 surah al-Isra’, Allah Subhanahu wa Ta‘ala berfirman berkenaan syaitan:
 
Dan bertahap-tahaplah dalam memujuk sesiapa yang engkau dapat dengan suaramu
dan kerahlah penyokong-penyokongmu… [al-Isra’ 17:64]

 
[1]  Yang saya maksudkan dengan kitab-kitab klasik (turats) yang dikarang pada zaman awal Islam hingga ke zaman pertengahan. Kitab-kitab ini dikarang dengan nilai sastera yang tinggi dan dengan gaya bahasa serta istilah yang perlu difahami mengikut kriteria pengarang itu sendiri. Ia berbeza dengan kitab-kitab yang dikarang pada zaman mutakhir dimana bahasanya adalah mudah dan lancar.
[2] Lebih lanjut rujuk dua risalah saya yang berjudul Adab-Adab Menuntut Ilmu Agama dan Unsur-Unsur Yang Merosakkan Ilmu Agama yang dimuatkan dalam buku Himpunan Risalah Dalam Beberapa Persoalan Ummah (Buku 5) terbitan Jahabersa, Johor Bahru.
[3] Sengaja saya menggunakan ayat “Yang kita tujukan zikir” kerana kelihatannya banyak orang yang berzikir menujukan zikirnya kepada sesuatu selain Allah. Atas tujuan selain Allah inilah kita dapati pada masa kini ada orang berzikir dengan susunan kalimah dan jumlah bilangan yang tersendiri atau berdasarkan tunjuk ajar guru tersendiri. Bahkan ada yang menggunakan zikir sebagai tangga bagi mencapai kedudukan (maqam) yang lebih tinggi.
 
Berzikir ialah ibadah untuk mengingati Allah. Sebagai satu bentuk ibadah, hendaklah kita mengingati Allah sebagaimana Allah menghendaki diri-Nya diingati. Allah bukanlah rakan sebilik asrama, teman sekerja, pasangan hidup atau ahli keluarga yang dengan itu kita boleh mengingati-Nya dengan cara yang direka-reka sendiri. Sebaliknya Allah ialah Tuhan yang tidak mampu untuk kita ukur dan ketahui cara untuk mengingatinya. Atas dasar inilah Allah telah mengajar kalimah-kalimah zikir dan jumlah bilangannya melalui lisan Rasul-Nya Muhammad shallallahu 'alaihi wasallam.
[4] Lebih lanjut tentang hukum menggunakan tangkal dan jampi-jampian, rujuk buku saya 11 Perkara Yang Mencemari Kemurnian Tauhid, terbitan Jahabersa, Johor Bahru.
[5] Kenapa ia disebut Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah dan mengapa ia tidak dianggap sebagai salah satu dari jalan syaitan? Jawapannya boleh ditemui dalam buku saya yang berjudul Marilah Berkenalan Dengan Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah terbitan Jahabersa, Johor Bahru.
[6] Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no: 2018 (Kitab al-Asyrabah, Bab adab makan dan minum…).
[7] Dalam bab ini terdapat sebuah hadis yang mengajar doa sebelum makan:
اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيمَا رَزَقْتَنَا، وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ، بِاسْمِ اللَّهِ.
 
“Ya Allah, berkatilah bagi kami apa yang Engkau rezekikan kepada kami dan peliharalah kami dari azab neraka. Bismillah.”  Hadis ini dikeluarkan oleh al-Thabarani dan Ibn al-Sunni, sanadnya memiliki kecacatan yang parah dan ia dinilai dha‘if jiddan oleh Syaikh ‘Amr bin ‘Ali Yasin dalam semakannya ke atas Kitab al-Adzkar li al-Nawawi (Dar Ibn Khuzaimah, Riyadh, 2001), hadis no: 674 (Zikir-zikir ketika makan dan minum).
[8] Lebih lanjut tentang maksud bid‘ah, kriteria membezakan antara sunnah dan bid‘ah serta bahaya-bahaya bid‘ah kepada Islam dan umatnya, sila rujuk buku saya Marilah Berkenalan Dengan Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah terbitan Jahabersa, Johor Bahru.
[9] Hasan: Dikeluarkan oleh al-Tirmizi dan dinilai hasan oleh al-Albani dalam Shahih Sunan al-Tirmizi, hadis no: 2396 (Kitab al-Zuhud, Bab berkenaan sabar terhadap bala’).
[10] Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no: 2813-2 (Kitab Sifat al-Qiyamah wa al-Jannah…, Bab gangguan syaitan dan pengutusan tenteranya…).
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...