PANDANGAN/JAWAPAN KEPADA ARTIKEL "SALAM" & "A'KUM"
Satu artikel ditulis dan disebarkan
secara meluas di dalam laman sosial Facebook, bertajuk:
SIAPA YANG MENGGUNAKAN PERKATAAN “SALAM” & “A’KUM”? apakah
maksud disebaliknya??
Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah:
“Salam (selamat tinggal)”. Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka
yang buruk).
(QS. 43:89)
Baik gunakan ASSALAMUALAIKUM or ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI
WABARAKATUH… Ilmu utk dikongsi bersama. Sekadar peringatan untuk semua
rakan-rakan muslim yang lain.

Menurut ustaz Zawawi Yusof, Baginda SAW memberi salam dengan
lafaz “Assalamualaikum” dan menjawab salam dari para sahabat baginda
dengan salam yang lengkap iaitu “Waalaikumussalam warahmatulallahhi
wabarakatuh”
Ringkasnya, baginda SAW akan; Beri salam dengan ucapan -
“Assalamualaikum”
dan…Jawab salam - “Waalaikumussalam warahmatulallahi
wabarakatuh”
Lagi satu, perlu diingatkan juga semasa menjawab salam, saya
dengar ramai orang jawab salam dengan ucapan yang tidak tepat.
Jawab salam yang betul ialah ; “WAALAI KUMUS SALAM” dan bukannya
yang selalu saya dengar iaitu ; “WAALAI KUM SALAM”
Apabila kita ingin berkirim salam pada orang lain, hendaklah
kita berkata
“Kirim salam, assalamualaikum pada ASHREE ye” contoh lerr…
Dan bukannya : “Kirim salam kat ASHREE yer”. Dan jangan pula
memandai-mandai tambah
perkataan seperti “Ko tolong kirim
salam maut kat dia yer”.
Statement ini walaupun dalam nada
bergurau, tapi ia adalah menyalahi syariat dan berdosa, walaupun sekadar
gurauan!
Selain itu, janganlah kita menggantikan perkataan
“Assalamualaikum” dengan “A’kum” dalam SMS atau apa sekalipun melalui
tulisan. Jika perkataan “Assalamualaikum” itu panjang, maka hendaklah
kita ganti dengan perkataan “As-Salam” yang membawa maksud sama dengan
“Assalamualaikum”.
Sesamalah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna
short form “A’kum” dalam sms ataupun email. Perkataan ‘AKUM‘ adalah
gelaran untuk orang-orang Yahudi kepada orang-orang bukan yahudi yang
bermaksud ‘BINATANG’ dalam Bahasa Ibrani.
Ia singkatan daripada perkataan ‘Avde Kokhavim U Mazzalot’ yang
bermaksud ‘HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT’.
Jadi, mulai sekarang jika ada orang hantar shortform “A’kum“,
kita ingatkan dia guna “As Salam” kerana salam ialah dari perkataan
“Assalamualaikum“.
Jangan guna “Bye” kerana “Bye” adalah jarum sulit Kristian yang
bermaksud “Di Bawah Naungan Pope.” Jangan guna “A’kum” kerana“A’kum”
bermaksud “Binatang” dalam bahasa Yahudi. Jangan guna “Semekom” kerana
“Semekom” bermaksud “Celaka Kamu.” Gunakan perkataan “As-Salam” sebagai
singkatan bagi “Assalammualaikum.” Tolong forward kepada umat Islam yang
lain , untuk elakkan diri daripada membuat dosa..
Sekian, semoga ada manfaatnya…
PANDANGAN/JAWAPAN KEPADA ARTIKEL DI ATAS
Pertama, perlu dijelaskan bahawa short form assalamu'alaikum
ialah A'kum, selagi kita maksudkannya dgn lafaz Salaam atau
Assalamu'alaikum, maka bagi pendapat ana, tidak menjadi kesalahan kerana
tiada dalil atau bukti khas mengatakan pengharaman penggunaan perkataan
tersebut. Tambahan pula, yg menghantar SMS atau yang menulis dan yg
menerima atau yg membaca amat memahami short form tersebut bahawa lafaz
asalnya ialah ASSALAMU’ALAIKUM...
Dalil dan sandaran ana, sebagaimana short form bagi Sollahu
'Alaihi Wassalam iaitu SAW dan Subhanahu Wa Taa'ala iaitu SWT dan byk
lagi short forrm yg diguna pakai dan difahami oleh semua...
Namun, jika yg membaca dan yg menulis, tidak memahami maksud
short form tersebut maka lainlah pula hukumnya..
Kedua, ana cukup setuju dgn saranan, menggunakan As-Salam lebih
baik, namun perkataan “Salaam” juga tidak menjadi kesalahan untuk
digunakan, bahkan kedua-duanya betul (rujuk dalil-dalil daripada ayat
Al-Quran yang ana sediakan di bawah berkenaan penggunaan SALAM)..
tetapi ana sekali-kali tidak setuju dgn pandangn yg mengatakan
tidak boleh mengatakan "Sampaikan/Kirim salam kepada si fulan" dan MESTI
menggunakan “Kirim salam dengan lafaz “Assalamu’alaikum” sahaja yg
sebetul/sepatutnya, sedangkan dalam bahasa Arab ada disebut..
بَلِّغْ
تَحِيَّتِي إِلَى فُلَان
سَلِّمْ عَلى فُلَانٍ
Kedua-dua ayat ini jelas menunjukkan tiada lafaz
Assalamu'alaikum, sedangkan penggunaan kedua-dua ayat ini adalah secara
meluas oleh org arab dlm percakapan seharian mereka, dan tambahan pula
makna ayat adalah sama dengan bahasa melayu kita iaitu “Sampaikan salam
kepada si fulan”..
Sebagaimana dibolehkan menggantikan lafaz “Assalamu'alaikum”
dengan “Salaam” kerana mempunyai makna yg lebih kurang sama..begitu juga
dalam ucapan ini..difahami bahawa “sampaikan SALAM” adalah sama erti
dgn “sampaikan ASSALAMU"ALAIKUM”..
BERIKUT ADALAH PENDAPAT/JAWAPAN YG MENARIK BERKENAAN HAL INI
1. Untuk setiap huruf jawi dan rumi, ada atau tidak perkataan
buruk? Jika ada, maka tidak mustahil "A.L.L.A.H" dan "alif lam lam ha"
dimaksudkan dengan buruk untuk setiap huruf. Jadi, ki...ta tidak boleh
guna "Allah" dalam Jawi dan Rumi lah ye? Macam tu?
2. Betul atau tidak, singkatan "A'kum" bermula sedikit lewat
dari wujudnya internet dan sistem pesanan ringkas? Jika betul, adakah
dan siapakah manusia bukan Melayu atau Yahudi pertama yang guna "A'kum"?
Jika bukan Yahudi atau agen - agennya, siapa? Jika Melayu kita juga
yang mula (sebab aku tak yakin American Muslim yang mula "A'kum"2 ni),
adakah dia pandai bahasa Yahudi? Yahudi atau bukan Yahudi, SIAPA yang
mula cipta singkatan A'kum? Sebut nama, kita selidik sama - sama siapa
dia. Kalau tak sabit tuduhan email layang ni, fitnah melulu walaupun
niat baik nak menegah adalah haram. Dosa tetap dosa. Siapa tukang
forward sama je dosa dengan orang yang cipta penipuan ni.
3. Apa agaknya reaksi orang bukan Islam, terutamanya Yahudi yang
kita benci-benci sangat ni, kalau mereka baca benda ni? Tak malu ke
kalau korang sebenarnya paranoid dan takut dengan bayang - bayang
sendiri?
INI ADALAH BUKTI KESALAHAN DALAM TERJEMAHAN "AKUM"
sila rujuk gambar tersebut..
Avde Kokhavim U Mazzalo atau KOKHAVIM atau AKUM
adalah sebenarnya BUKAN SAMA SEKALI membawa maksud BINATANG tapi
BINTANG...
Avde Kokhavim U Mazzalo membawa maksud HAMBA2 PENYEMBAH BINTANG & ORANG2 YANG
SESAT.. Itulah maksud sebenarnya...
INI ADALAH JAWAPAN UST ZAHARUDDIN TTG HAL INI
Salam,
Terima kasih atas “teguran” atau “peringatan” yang diberi.
Bagaimanapun, saya tidak lah termasuk di kalangan orang yang
bersetuju untuk mensyaratkan assalamualaikum di tulis penuh. Tidaklah
saya ketahui apakah dalil khusus yang digunakan bagi mensyarat dan
mewajibkannya.
Menurut Islam, yang lebih penting adalah “kefahaman intipati”.
Jika anda faham ianya adalah lafaz penuh, maka tiada lagi masalah bagi
menulis ringkasannya. Perlulah memahami Maqasid Shariah (objektif dari
hukum Shariah) dalam hal ini. objektif shariah dalam hal memberi salam
adalah sunnah dan mendoakan saudara seIslam. Ia dibuat dalam bentuk
verbal biasanya. Apabila ditulis secara tulisan, jika benar formal,
bolehlah anda menulisnya dengan lengkap, tetapi di kala tidak formal,
yang penting maksud shariahnya sampai.
Tulisan “salam” atau “akum” atau “askum”, sudah tentulah
bermaksud lafaz salam yang penuh, tiada siapa yang akan menulisnya
kecuali bermaksud lafaz salam yang penuh. Maka adalah menjadi suatu
kecacatan sendiri apabila si pembaca membacanya dengan lafaz singkat.
Sebagaimana singkatan “utk”, “dsbg” dan difahami secara automatik ia
adalah bermakna “untuk”, “dan sebagainya”.
Justeru, Islam adalah agama yang memudahkan dan bukan
menyusahkan dengan perkara amat cabang dan kecil ini, bagi merasakan
inidvidu yang menggunakannya adalah salah. Bagi saya, orang yang
mengganggap salah itulah yang salah.
Adalah logik dan diterima Syara’ utk menggunakan singkatan bagi
lafaz salam di sms, mahupun email danlain-lain tempat yang sesuai,
kerana ia tetap bermaksud lafaz salam yang ditujukan.
Saya sebenarnya amat pelik, saya telah selalu membaca dan
mendengar pertikaian seperti ini, tetapi ini yangpertama kali saya
ditujukan secara peribadi, persoalannya mengapa isu yang sekecil ini
juga terdapat perdebatan. amat membuang masa..
Wallahu'alam..
(SAMBUNGAN DARI A.Z.B.A)
Jika kita berterusan berpandangan
cara ini dan menutup pemikiran, pasti satu hari nanti akan ada satu kes
baru, bahawa memberi salam mestilah ditulis dalam tulisan Arab sahaja,
kerana ejaan Assalamualaikum tidak tepat dari segi bacaan dan panjang
pendeknya..
Na'uzubillah dari perbahasan yg hanya akan lebih menyusahkan org
awam..
Berikut adalah sebahagian ayat-ayat Al-Quran, yg menggunakan
“Salaam” dan membawa maksud yang baik, sama dengan lafaz
“Assalamu’alaikum”..
Al-An’am, 54
وَإِذَا
جَاءكَ الَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِآيَاتِنَا فَقُلْ سَلاَمٌ عَلَيْكُمْ
Apabila orang-orang yang beriman kepada ayat-ayat Kami itu
datang kepadamu, maka katakanlah: "Salaamun alaikum” (mudah-mudahan
Allah melimpahkan kesejahteraan atas kamu).
Al-A’raf, 46
وَنَادَوْاْ
أَصْحَابَ الْجَنَّةِ أَن سَلاَمٌ عَلَيْكُمْ
Dan mereka menyeru penduduk surga: "Salaamun 'alaikum”
(mudah-mudahan Allah melimpahkan kesejahteraan atas kamu).
Yunus, 10
دَعْوَاهُمْ
فِيهَا سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ وَتَحِيَّتُهُمْ فِيهَا سَلاَمٌ
Do'a mereka di dalamnya ialah: "Subhanakallahumma”, dan salam
penghormatan mereka ialah: "Salam" (sejahtera dari segala bencana)
Hud, 69
وَلَقَدْ
جَاءتْ رُسُلُنَا إِبْرَاهِيمَ بِالْبُـشْرَى قَالُواْ سَلاَماً قَالَ
سَلاَمٌ فَمَا لَبِثَ أَن جَاء بِعِجْلٍ حَنِيذٍ
Dan sesungguhnya utusan-utusan Kami (malaikat-malaikat) telah
datang kepada lbrahim dengan membawa kabar gembira, mereka mengucapkan:
"Selamat." Ibrahim menjawab: "Selamatlah," maka tidak lama kemudian
Ibrahim menyuguhkan daging anak sapi yang dipanggang.
Hasil daripada pencarian ana, ayat-ayat Al-Quran menggunakan
"Salaam" untuk membawa maksud "kesejahteran, dan keselamatan"..
Justeru, bagi ana menggunakan "Salaam" adalah sama sekali tidak
salah!~
Yang salah, jika menggunakan kalimah "As-saam", sebagaimana
datangnya dalam satu hadis yg mana orang Yahudi pada zaman Nabi s.a.w
apabila memberi salam menyebut as-samu ‘alaikum yang bermaksud: maut
atau kemusnahan ke atas kamu. Mereka cuma mengelirukan pendengaran orang
Islam. Justeru itulah Nabi s.a.w menyuruh dijawab dengan ungkapan ‘wa
alaikum’ sahaja.
“Sesungguhnya Yahudi apabila memberi salam kepada kamu,
sebenarnya dia menyebut: as-samu ‘alaika (maut atau kemusnahan). Maka
kamu jawablah wa ‘alaika (ke atas kamu). (Riwayat al-Bukhari dan
Muslim).
TAMBAHAN INFO:
Merujuk kepada Lisanul 'Arab
(Salam):
والسُّنَّة
لا تختلف في تحية الأَموات والأَحْياء ويشهد له الحديث الصحيح أَنه كان
إِذا دخل القبور قال: ((سَلامٌ عليكم دارَ قَومٍ مُؤْمِنِين))
Dan sunnah tidak ada ikhtilaf dalam tahiyyah kpd org2 mati atau
org2 hidup, dan berdalilkan hadis sahih: Sesghnya apabila dia
(Rasulullah) masuk ke perkarangan kubur (melaluinya), maka baginda
menyebut: "Salamun 'alaikum daara qawmin mu'minin (Keselamatan dan
kesejahteraan kepada kamu semua, wahai kediaman kaum-kaum mukninin
(penghuninya)"
ويقال
السَّلامُ عليكم، سَلامٌ عليكم، سَلامٌ بحذف عليكم،
ولم يرد في القرآن غالباً إِلاَّ
مُنَكَّراً
Dan disebut: Assalamu'alaikum, Salamun 'Alaikum, Salaam tanpa
"alaikum, kebiasaannya (kebanyakannyan) tidak disebut dalam Al-Quran
kecuali dalam bentuk nakirah..
Namun, jika disebut As-Salaam yg dimaksudkan dengannya satu
Nama/sifat daripada Nama-nama/Sifat-sifat Allah yg Maha Mulia, maka
mesti disebut dalam bentuk Ma'rifah..
(Rujukan Lisanul 'Arab)
Wallahu'alam..
No comments:
Post a Comment