Panduan Keibubapaan dan didikan - Umum |
Written by Ana Nasir |
Mengajar anak mengenai budi bahasa adalah suatu proses yang
memerlukan masa yang berpanjangan dan bukan dalam masa tempoh yang
singkat. Membentuk anak mengenai budi merupakan suatu proses yang
berterusan. Anak – anak yang masih kecil suka akan peraturan dan secara
umumnya suka akan sesuatu yang baru dalam hidupnya. Jadi apa kata ikuti panduan untuk membentuk
budi bahasa dalam diri anak – anak dan anda sebagai boleh ibu bapa, suatu hari nanti boleh berbangga
dengan hasilnya!.
Ajar anak-anak mengenai apa itu hormat.
- Secara
tidak langsung membuatkan mereka belajar untuk menghormati orang lain.
Bukankah segalanya bermulanya dari rumah? Jadi, cakap dengan baik kepada
anak dan tingkah laku itu akan membuatkan anak melakukan perkara yang
sama kepada orang lain.
Bantu lakukan
kerja rumah.
- Biarkan anak melakukan kerja rumah yang
mudah seperti membuang sampah ataupun membawa pinggan plastik dan
diletakkan di atas meja. Aktiviti ini merupakan suatu pengenalan kepada
anak untuk membantu ahli keluarga membersihkan rumah serta jangan lupa
untuk mengajarnya asas tatatertib menggunakan telefon.
Praktik
kesopanan dalam keluarga.
- Setiap ahli keluarga perlu
mempraktikkan perkataan ‘ tolong ‘ dan ‘ terima
kasih ‘. Jadikan ia suatu ungkapan yang wajib dalam keluarga.
Jika anak terlupa untuk untuk mengucapkan terima kasih, buat sesuatu
untuk mengingatkannya seperi berkata, ‘ Ibu sedang menunggu ni…’ dan
pastinya dia sedar bahawa anda sedang menunggu untuk dia
ucapkan ' terima kasih ‘.
Mudah
meminta maaf dan memaafkan.
-Galakkan anak untuk meminta maaf
apabila telah melakukan kesalahan. Jadikan ungkapan meminta maaf
sebagai satu kebiasaan. Ini akan membuatkan dia lebih disenangi dalam
pergaulannya.
Memberikan
pujian.
-Berikan
pujian berbanding kritikan apabila anak melakukan perkara yang betul.
Bagi anak-anak, pujian adalah kata-kata yang menakjubkan. Biarkan anak
tahu bahawa anda sangat bangga apabila dia menunjukkan sikap yang sopan
setiap masa.
Kongsi
permainan dengan kanak-kanak lain.
-Berikan kata-kata pujian
apabila dia sedia berkongsi dengan orang lain. Katakan kepadanya sikap
suka berkongsi barang membuatkan dirinya disukai ramai.
Jangan terlalu
inginkan hasil yang cepat.
- Melatih anak mengenai budi
bahasa bukan suatu yang mudah. Dalam tempoh itu pelbagai kesalahan
dilakukan. Ia merupakan suatu proses percubaan sama ada boleh dilakukan
atau tidak. Anak akan belajar dari kesilapannya.
Menggunakan
penggunaan ayat yang betul.
-Jika anak menggunakan perkataan.
‘ Adik mahu air,’ betulkan penggunaan
ayatnya dan berkata, ‘ Boleh ibu tolong ambilkan adik air,?’ dan minta
anak anda ulangi ungkapan tadi.
Duduk di meja dengan kedudukan yang sopan.
- Jangan
membuat bising dan makan dengan sopan supaya tiada makanan atau minuman
yang tumpah. Paling penting, jangan bergaduh di meja makan.
Menjadi model
tatatertib kepada anak.
-Jika mulut anda penuh dengan
makanan, jangan bercakap kerana anak akan mengikut apa yang anda
lakukan.
Berlatih untuk duduk diam di meja makan.
-Lakukan
dalam tempoh masa 15 ke 20 minit. Ini akan mengajar anak berdisiplin di
meja makan tanpa melakukan sebarang perbuatan yang mungkin membuatkan
anda marah.
Gunakan
perkataan ‘ tolong ‘.
-Guna perkataan ini apabila mahu
meminta anak mengambil barang yang mahu. Pastikan barang itu mudah untuk
diambil dan tidak mudah pecah.
Komen.
-Jangan membuat komen yang tidak
baik mengenai makanan di hadapannya. Jika tidak
mahu katakan ‘ tidak, terima kasih ‘
Minta kebenaran.
-Jika anak merampas barang
permainan rakannya, katakan kepadanya,‘ perbuatan kamu ini tidak baik
kerana mengambil barang kawan tanpa kebenaran’
Salam.
-Menghulurkan
tangan untuk berjabat salam apabila berjumpa dengan orang yang lebih
tua daripadanya. Ia mampu melahirkan perasaan hormat dalam diri anak.
Suara.
-Beritahu
kepadanya tempat yang perlu bersuara kuat dan tempat yang perlu
bersuara perlahan.
Ramai anak-anak sekarang belajar
berkomunikasi dari rakan-rakan sebaya mereka. Akibatnya mereka
mempelajari bahasa kasar dan bahasa yang tidak sesuai untuk
berkomunikasi. Oleh itu, dedahkan hidup anak-anak dengan persekitaran
yang cemerlang!
|
Monday, 30 January 2012
16 cara didik anak berbudi bahasa
16 cara didik anak berbudi bahasa
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment